Anak ‘makcik puaka’ pertahan ibu, Pelanggan patut dah kenal perangai ibu suka bebel.

SELEPAS dua tahun, sebuah restoran popular di Melaka yang pernah tular kembali hangat diperkatakan gara-gara sekumpulan pelanggan didakwa dimaki peniaga di premis itu.

Anak ‘makcik puaka’ pertahan ibu, Pelanggan patut dah kenal perangai ibu suka bebel.



Bagaikan tidak serik, peniaga yang sebelum ini didakwa menghalau seorang usahawan yang juga influencer, kini didakwa pula memperlekehkan pelanggan gara-gara baki lauk yang dijual tidak banyak untuk pengunjung yang datang beramai-ramai.

ARTIKEL MENARIK:Pemilik Restoran 35 Jawab Dakwaan Pelanggan, Telur Dadar, Nasi RM240


Susulan kekecohan yang berlaku sehingga mendapat kecaman ramai, anak kepada pengusaha berkenaan menjelaskan situasi sebenar bagi pihaknya kepada mStar.


Ujar wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Illa, dia kesal dengan tindakan pelanggan tersebut membuat posting di Facebook bagi memburukkan restorannya.

Menurut Illa, dia menafikan dakwaan pelanggan tersebut yang kononnya datang ke restorannya di Bandar Hilir pada pukul 2 petang.

“Dia sebut datang pukul 2 petang, tapi sebenarnya pukul 4 petang. Apabila dah datang pukul 4 petang memanglah banyak barang dan makanan habis.

“Kedai saya buka pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang, kadang-kadang kami tutup lebih awal kalau barang atau makanan dah habis… tapi saya dah maklumkan kalau nak makan juga, kami sediakan apa yang masih ada,” katanya ketika dihubungi mStar.

Selain itu wanita berusia 39 tahun turut turut kesal apabila harga makanan yang dikenakan kepada pelanggan yang membawa keluarganya dari Singapura itu didakwa mahal.


“Mereka datang seramai kira-kira 10 orang. Kalau sesiapa yang tengok video yang dia viralkan di restoran saya, boleh nampak apa yang mereka makan.

“Order bukan sikit sebab untuk 10 orang makan. Mereka order lauk ikan pari, kerabu mangga, telur dadar dan daging goreng kunyit. Semuanya dua piring besar, jadi kami caj berdasarkan apa yang mereka pesan,” katanya.

Mengenai dakwaan berhubung ibunya yang digelar ‘makcik puaka’ kerana kelantangannya bersuara di hadapan pelanggan, kata Illa, isu tersebut bukanlah perkara baharu.

“Malah sebelum restoran saya viral sebab isu influencer dua tahun lepas memang itu perangai mak saya. Kami bukan baru berniaga, dah berpuluh-puluh tahun.

“Kalau pelanggan yang regular, mereka tahu macam mana perangai mak saya. Daripada mak ayah pelanggan sehingga ke anak mereka memang kenal.




Kami tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua.
ILLA


“Dia kata pernah datang ke restoran kami sebelum ini, dia sepatutnya lebih tahu perangai ibu saya. Pada hari kejadian, ada ramai pelanggan lain di dalam restoran, kenapa mereka okay dan tak timbulkan isu?

“Lagipun mak saya bukan maki seperti yang diperkatakan. Dalam video tu pun sekadar perbalahan. Memang mak saya membebel, tapi mak tak mencarut,” tambahnya.

Menurut Illa lagi, dia kesal apabila pelanggan berkenaan sengaja mencari publisiti dengan memburukkan imej dan reputasi bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak lebih 30 tahun lalu.

“Kalau boleh saya tidak mahu memanjakan isu ini, biarlah dia nak viralkan pun. Cuma saya kesal ia memberi kesan pada imej dan nama baik restoran kami.

“Cukuplah viral dua tahun lepas. Kami sebenarnya tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua,” katanya.

Pada September 2020, restoran berkenaan pernah tular gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu.


Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikannya di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Kredit -Bulletin 50 Times


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم