TAMPIL seksi selepas bergelar ibu, pelakon Emma Maembong berkata dia mahu menjadi diri sendiri dengan memilih pakaian yang selesa sejak zaman remaja lagi.
Berharap netizen berhenti mengaitkan anak lelakinya, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismal, 30, memohon agar netizen mendoakan saja dia menjadi yang lebih baik.
ARTIKEL MENARIK:Jgn Gnggu Anak Saya”- Ibu Syamsul Dah Hilang Sabar, Kali ni Smpai Beri Peringatan Kpd Keluarga Kazar
“Saya hanya pakai apa yang selesa… ikutkan ini pakaian saya sejak dari zaman remaja lagi. Saya tak nak jadi orang yang dah kahwin, kena terus berubah. Biarlah saya menjadi diri sendiri.
“Saya tak kisah la orang nak cakap pakaian macam budak-budak ke, saya hanya nak hargai hidup saya sekarang. Insya-Allah doakan yang baik-baik, satu hari nanti saya mesti akan pakai tudung balik.
“Setiap wanita memang kena pakai tudung, Insya-Allah saya akan berubah, jadi janganlah kaitkan anak saya. Setiap orang ada cara didikan anak,” kata Emma kepada mStar.
Emma ditemui ketika majlis pelancaran Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu yang berlansung di Sri Pentas Media Prima, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakai singlet ketat, lain macam fesyen OOTD Emma Maembong… Netizen kata makin seksi, rindu imej ‘bertutup’ dahulu
Zaman saya nak bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir.
EMMA MAEMBONG
PELAKON
Pada Mei lalu, penampilan Emma yang dilihat menggayakan singlet putih ketat dan berseluar merah dan tampil mengubah gaya rambut dengan bertocang panjang dan mewarnakan biru mengundang kecaman.
Rata-rata pengikut meninggalkan komen menegur penampilan Emma yang dilihat semakin seksi dan membandingkan dengan penampilannya semasa berhijab dahulu.
Dalam pada itu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini memberitahu dia kini mahu menjalani kehidupan dengan tenang bersama keluarga tanpa perlu bergaduh dengan
“Zaman saya nak bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir. Lagipun, saya dah capai impian saya iaitu anak. Kalau dahulu, darah muda bila orang kecam, rasa nak kecam balik.
“Seboleh-bolehnya nak jelaskan dan betulkan. Tapi sekarang usia saya pun dah 30 tahun… dah ada anak, suami pun. Saya nak jaga keluarga saya.
“Walaupun saya buat yang terbaik, orang tetap akan kecam, buat salah lagi la orang kecam. Susah nak puaskan hati netizen. Saya pun dah tak nak stres. Emosi saya sekarang hanya untuk anak,” ujarnya.
Untuk rekod, Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Shariq Gabriel pada November 2020.
Pakai singlet ketat, lain macam fesyen OOTD Emma Maembong… Netizen kata makin seksi, rindu imej ‘bertutup’ dahulu
NAMA pelakon Emma Maembong menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila memuat naik video dengan penampilan yang dikatakan seksi dan mencolok mata.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dilihat menggayakan singlet putih ketat dan berseluar merah.
Dia juga dilihat tampil mengubah gaya rambut dengan bertocang panjang dan mewarnakan biru.
Rata-rata pengikut meninggalkan komen menegur penampilan Emma yang dilihat semakin seksi dan membandingkan dengan penampilannya semasa berhijab dahulu.
Selain itu, peminat juga mendoakan supaya Emma diberikan hidayah dapat menutup aurat dengan sempurna.
“Semakin seksi sekarang! Kalau bertutup litup macam dulu balik kan lagi lawa.
“Simpanlah auratmu Emma! Semoga mendapat hidayah secepat mungkin, Allah dah kurniakan anak yang comel dan bijak.
“Semoga dapat hidayah, rindu Emma yang dulu. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Emma,” antara komen netizen.
Difahamkan Emma kini bersama keluarga dan kenalannya sedang bercuti di Bali, Indonesia.
Sebelum ini, Emma pernah beberapa kali menerima kritikan berhubung isu pemakaiannya.
Nama Emma pernah menjadi kontroversi pada tahun 2019 selepas mengambil keputusan membuka tudung selepas beberapa keping foto tidak berhijab bersama seorang lelaki tular dalam media sosial.
Sumber : Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -Bulletin 50 Times.
إرسال تعليق