Wanita Pertama Malaysia yang ke-9 ini tidak gemar menjadi perhatian ramai dan jarang membuat kemunculan di khalayak ramai namun setia menemani suami dalam menjalankan tugas rasmi negara.
Penampilan Datin Sri Muhaini Zainal Abidin yang manis dan bersopan sering menarik perhatian ramai. Memiliki keperibadian yang baik, berlemah lembut serta mudah bergaul dengan orang menjadikan anak jati Kampung Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah ini tak jemu mata memandang. Isteri Perdana Menteri negara yang kesembilan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ini dilihat sebagai penyokong utama suaminya tanpa belah bahagi.
ARTIKEL MENARIK:Gadis Beli Nasi Lemak RM1, Tapi Lauk Yg Dia Dapat Buat Tekak Rasa Loya
Baru-baru ini Datin Sri Muhaini kelihatan setia menemani suami tercinta menjalankan tugas rasmi di negara matahari terbit itu. Anggun mengenakan baju kurung moden rona ungu sedondon selendang ungu turun dari kapal terbang sebaik mendarat di lapangan terbang Jepun itu. Lebih istimewa apabila Datin Sri Muhaini menyaksikan suaminya menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran (Perubatan) daripada Universiti Nihon, ITABASHI, Tokyo. Tulis Perdana Menteri di laman media sosialnya, “Saya berbesar hati menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran (Perubatan) daripada Universiti Nihon, ITABASHI, Tokyo. Terima kasih kepada Datuk Bandar Sakamoto dan Encik Naoto di atas penganugerahan ini.
Sesungguhnya anugerah ini bukanlah untuk saya sahaja, tetapi merupakan pengiktirafan untuk seluruh Keluarga Malaysia yang telah bersama-sama berperang dengan COV1D19, musuh yang tidak kelihatan namun berada di sekeliling kita. Alhamdulillah dengan segala perancangan dan strategi yang telah ditetapkan, Malaysia juga diiktiraf oleh Bloomberg and Nikkei sebagai salah satu negara terbaik untuk menangani pandemk COV1D19.
Anugerah ini akan terus dikenang sebagai simbol yang mencerminkan ikatan persahabatan erat antara Malaysia dan Jepun,” tulis Ahli Parlimen Bera ini.
Datin Sri Muhaini telah mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Sri Ismail Sabri pada tahun 1986. Perdana Menteri ke-9 ini pernah berkongsi tentang isteri tercinta di laman media sos1alnya suatu ketika dahulu. Tulisnya, “Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengannya ketika saya berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga,” imbas Dato’ Sri Ismail Sabri. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu seorang perempuan dan tiga lelaki iaitu Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq. Sumber, Nona
Kredit -
إرسال تعليق