BERATmata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai seorang pekerja penghantaran makanan yang terpaksa menunggang motosikal sambil menggendong bayinya yang berusia setahun ketika keluar mencari rezeki.
Kisah mengenai rider yang dikenali sebagai Amirul itu tular di media sosial selepas dia ditemui oleh seorang penjawat awam, Khairul Fazli, 42, pada Selasa.
ARTIKEL MENARIK:Pernah Viral, Tapi Ramai Tersentuh Lihat Video Cik Non Sebelum Dijemput Ilahi
Kata Khairul, dia terserempak dengan rider itu di Jalan Chan Sow Lin sebelum menghampiri motosikalnya untuk bertanya lebih lanjut mengenai situasi yang dialami.
“Masa tu saya naik motor. Daripada jauh nampak motor dia dan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi saya potong motor dia untuk lihat lebih dekat.
“Saya dapati penunggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang handle motor, sebelah tangan lagi menutup kepala seorang bayi daripada terkena panas mentari.
“Waktu tu dalam pukul 1.30 tengah hari. Saya panggil ketepi untuk temuramah sekejap. Jadi saya pun turut buat video, saya kongsi ke TikTok untuk tunjuk kehebatan seorang bapa.
“Saya cuma nak sampaikan mesej bahawa tak semua orang boleh buat macam dia. Saya kongsikan video itu sebagai motivasi,” ujar Khairul.
Dalam video yang dikongsi, rider tersebut memaklumkan bahawa dia menetap di Jinjang, Kuala Lumpur, dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
Tambahnya, dia mula membawa si kecil itu ketika keluar mencari rezeki sejak sebulan yang lalu kerana isterinya juga keluar bekerja.
“Wife keluar pukul sembilan, lepas tu saya start kerja. Kadang-kadang sampai petang, kalau tak hujan lambat sikit la,” ujar Amirul.
Menurut Amirul, si kecil itu akan diberi nasi ketika dibawa keluar bekerja bersamanya dan hanya diberi susu apabila berada di rumah.
“Kalau kat rumah je minum susu. Wife baru kerja. Kalau tak, dia tak kerja. Dekat sebulan (bawa bayi kerja). Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah,” ujar Amirul.
Dalam pada itu, Khairul yang turut mencari rezeki dengan membaiki mesin basuh dan peti ais meluahkan hasrat untuk membantu rider itu mencari rezeki dalam bidang sama.
Hasil perbincangan awal, Amirul dijangka menyertai pasukan Khairul pada Julai ini untuk mendalami ilmu berkaitan baik pulih perkakasan eletrik.
“Saya ada ambil nombor telefon dan berhubung dengannya. InsyaAllah bulan Julai dia akan sertai team saya, dia bersetuju nak belajar baiki mesin basuh. Saya pun dah 11 tahun buat part time baiki mesin basuh.
“Saya faham pengorbanan dia sebagai bapa. Saya sendiri ada lima cahaya mata. Saya tahu ramai yang dah berusaha keras, tapi masih susah. Bukannya mereka tak rajin. Yang penting saya harap semua insan di luar sana tidak cepat berputus asa, kena cari peluang yang ada di sekeliling,” ujar Khairul lagi.
Penangan video tular yang dikongsi Khairul turut membawa kepada pertemuan team personaliti dakwah Ebit Lew bersama Amirul di Masjid Negara pada Rabu.
Menurut Khairul, dia ada berhubung dengan wakil pasukan personaliti dakwah itu sebelum pertemuan diadakan sebentar tadi tanpa kehadiran Ebit.
Jelasnya lagi, wakil Ebit turut menyampaikan sedikit sumbangan buat Amirul dalam pertemuan itu.
Sumber: Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Kredit -Bulletin 50 Times.
إرسال تعليق