“Saya akui j4hil, kes4l…” Pemuda biad4p akhirnya terima ‘k4rma’ selepas hin4 kem4tian Adibah Noor.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila terdapat seorang pengguna dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan mempertikaikan pemergian penyanyi Adibah Noor dalam keadaan tidak menutup aurat.





ARTIKEL MENARIK:Ani Maiyuni Dedah Apa Yg Jadi Kepada Adibah Lepas Habis GV


Bukan setakat dikecam, malah beberapa keping gambar peribadinya, termasuklah tidak memakai baju dan hanya menutupi badan dengan sehelai tuala yang terdedah pada bahagian pusat (aurat lelaki) ditularkan oleh ramai.

Fantasi : Realiti : pic.twitter.com/F3g7tLIQin

— Maslin Sis 🇲🇾🏴 (@BN4everTN5O) June 19, 2022

Ibnu Ahmad mohon maaf kepada semua.
Terbaru, pemuda itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, dilihat Ibnu meminta maaf kepada seluruh keluarga Allahyaharmah Adibah Noor dan semua pihak yang tersinggung dengan komennya beberapa hari lalu.

“Di sini, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga almarhum Adibah Noor khususnya dan semua rakyat Malaysia serta peminat di atas komen saya di Harian Metro tempoh hari,”tulisnya.


Ibnu Ahmad akui diri jahil dan kesal dengan komen yang ditulis
Malah, pemuda itu mengakui kesilapan yang berlaku itu sebenarnya berpunca dari kejahilannya sendiri, selain meluahkan kekesalan kerana meninggalkan komen seperti itu.

Pada masa yang sama, dia turut berjanji tidak akan mengulanginya pada masa akan datang dan mendoakan agar roh allahyarhamah figura itu ditempatkan dikalangan para solehin.




“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekhilafan diri.

“Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, InsyaAllah”tulisnya lagi.


Kalau netizen tak korek gambar dia tu, jangan haraplah nak minta maaf

Pun begitu, ramai mengkritik permohonan maaf pemuda itu kerana ia dikatakan baru insaf selepas semua aibnya disebarkan satu per satu oleh netizen.

Mereka mengatakan sekiranya netizen tidak melakukan kerja mereka dengan membongkarkan gambar pemuda itu, belum pasti dia akan membuat permohonan maaf kepada semua.

Baru dia tahu kuasa netizen macam mana…



Minta maaf kat arwah la sebab dah aibkan dia

Ingatkan dia yang dah ‘mati syahid’ tadi
Tidak kurang juga ada yang tersalah anggap pemuda itu dengan pengguna Badri Abdullah yang tular baru-baru ini yang memaklumkan kematiannya selepas dikecam oleh warganet kerana menghina kematian penyanyi Adibah Noor.



Apa-apapun, didoakan semoga pemuda itu benar-benar insaf dan tidak akan mengulangi kesilapannya lagi.

“Lain Kali Komen Pakai Otak”- Damian Mikhail Tegur Lelaki Biadab Mohon Maaf Selepas Hina Arwah Adibah Noor

Menerusi tangkap layar di Insta Stories, lelaki biadab yang dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan telah membuat permohonan maaf dan rasa kesal terhadap perbuatannya itu.


Komposer,penerbit lagu dan salah seorang ahli kumpulan V.E, Damian mikhail tampil memberikan teguran terhadap seorang lelaki yang sebelum pernah menghina kematian allahyarhamah Adibah Noor yang telah meninggal dunia akibat kanser ovari tahap empat.

“Lain Kali Nak Komen Pakai Otak Ye”

Tidak berdiam diri, Damian Mikhail memberikan teguran agar menggunakan akal dan fikiran sebelum memberikan sebarang komen dan menitipkan doa agar netizen itu benar-benar bertaubat di atas kesilapannya.

“Ok. Dia dah minta maaf. So saya akan turunkan post saya. Lain kali nak komen pakai otak ye. Mudah-mudahan betul-betul bertaubat dan dimaafkan Allah SWT dan keluarga arwah.”-Kata

Sebelum ini, pernah tular komen biadap seorang netizen yang menghina kematian Allahyarhamah Adibah Noor dengan mempersoalkan arwah yang tidak menutup aurat.

Sumber: Ohmymedia & Murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post