Baju Anak Habis Kena Buang Suami, Wanita Dihalau Dari Rumah Sehelai Sepinggang

Memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni merupakan impian setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, namun tidak semua orang berpeluang untuk mengecapi kehidupan yang mereka inginkan.

Baju Anak Habis Kena Buang Suami, Wanita Dihalau Dari Rumah Sehelai Sepinggang



Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menceritakan kisah sedih yang menimpa dirinya apabila si suami menghalau dia bersama anak-anak keluar dari rumah sehelai sepinggang.

ARTIKEL MENARIK:(VIDEO) “Rasa Macam Isteri Simpanan” – Tinggal Serumah Tapi Suami Balik Hanya Main ‘Phone’ & Tidur


Kena halau keluar oleh suami

Berdasarkan video yang dimuat naik, Dayang_gituu kelihatan dia sedang menangis memikirkan nasib yang dialaminya sambil mendukung bayinya. Wanita itu bersama anak-anaknya dipercayai dihalau dari rumah oleh suaminya selepas berlaku sedikit salah faham.

Namun, apa yang lebih menyedihkan lagi apabila si suami tergamak membuang pakaian anak-anaknya itu sehingga wanita berkenaan terpaksa keluar dengan hanya sehelai sepinggang.

Sampai hati kau buat aku dengan anak-anak macam ni. Baju-baju anak-anak aku semua kau buang. Kau halau aku keluar sehelai sepinggang.

Ujarnya, dia turut mengakui bahawa perkara seperti ini sudah banyak kali terjadi, namun masih terkejut dengan tindakan suaminya yang tergamak melakukan perkara tersebut. Buntu tidak tahu mana hendak pergi, wanita terbabit dan anak-anaknya hanya mampu tumpang berteduh di sebuah dobi.




Meskipun dia bersama dua cahaya matanya diuji dengan dugaan seberat itu, namun dia tetap berfikiran positif dan reda andai hubungannya bersama suami berakhir.

Apa pun keputusan esok. Aku pasrah mungkin kita tak ada jodoh. Semoga aku jadi ibu yang kuat untuk aku dan anak-anak. Kemana aku nak pergi dengan anak-anak.

Akan aku ingat perbuatan kau. Sampai hati halau aku dengan anak-anak.

‘Apa pun keputusan aku reda’

‘Cukup sampai sini’

Sumber : dayang_gituu95


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post