Baru-baru ini, pelakon Nadya Syahera mendedahkan dia berasa tertekan kerana terpaksa menguruskan urusan keluarga seorang diri gara-gara suami terlalu sibuk kerja.
Perlu kerja keras
ARTIKEL MENARIK:“Dahlah pi Thailand berminggu2”-Nadya Syahera Akui Stres, Bagitahu Apa Yg Suami Buat
Tampil menjernihkan keadaan, suami Nadya iaitu Fizul Nawi memohon maaf atas ketegangan yang berlaku. Jelas Fizul, dia terpaksa berulang alik ke Thailand kerana ingin mengukuhkan perniagaan buah-buahan yang sedang dijalankan.
Saya ingin mohon maaf jika ada yang marah atau salah faham. Buat masa sekarang saya memang sibuk ulang alik pergi kebun buah di Thailand.
Dan buat masa sekarang saya perlu kerja keras sebab saya nak stabilkan balik perniagaan saya.
Tak menyalah mana-mana pihak
Bapa kepada tiga orang anak akui belum boleh memberi kemewahan kepada keluarga disebabkan masih ada hutang dan komitmen yang perlu dibayar setiap bulan.
Enggan menunding jari, Fizul meletakkan kesilapan atas diri sendiri dan akan terus berusaha demi kebahagiaan bersama.
Saya sedar diri masih tak mampu untuk bagi yang sempurna untuk anak bini. Sebab perlu bayar hutang dan komitmen bulan-bulan, dan saya masih dalam proses naik ke tahap yang selesa. Saya memilih untuk hidup bersederhana.
Apa pun, saya akan berusaha dan kuat semangat atas segala ujian. Saya tak menyalah mana-mana pihak. Yang salah diri saya sendiri demi mengejar target hingga ada yang terseksa.
Terdahulu, Fizul dan Nadya berkahwin pada 25 September 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 5, dan Mohamad Dayyan, 3, dan Muhammad Barr Adam, tiga bulan.
Sumber: Instagram @fizulnawi_
Kredit -
Post a Comment