“Cantik rumah baru ustzah”-Dato Aliff Teruja Dijemput Ke Rumah Baru Ustazah Asma

Pasti anda cukup kenal dengan figura yang cukup terkenal dan disegani ini. Siapa lagi kalau bukan ustazah Asma’ Harun. Pendakwah terkenal ini berjaya menyampaikan ilmunya dengan begitu hebat sekali sehingga diminati ramai.

“Cantik rumah baru ustzah”-Dato Aliff Teruja Dijemput Ke Rumah Baru Ustazah Asma



Pada penulisan kali ini, penulis ingin memperkenalkan wanita hebat ini kepada para pembaca sekalian. Kita juga perlu menjadi hebat sepertinya. Walau tidak sepenuhnya, auranya sudah cukup untuk menarik diri kita ke arah kebaikan.

ARTIKEL MENARIK:Jutawan Hartanah Ini Tiba2 Rebah. Ini Keadaan Terkini Buat Ramai Mendoakan


Beliau sering membuat perkongsian ilmu secara langsung dalam media sosialnya. Ini menyebabkan ramai orang mula mengenali beliau dan namanya mula menjadi sebutan.

Ushawan termuka tanah air, Dato Aliff Syukri baru-baru ini telah di jemput ke jamuan rumah baru Ustazah Asma. Melahirkan rasa syukur, Aliff Syukri ada berkongsi sedikit pengalaman di mana dia selalu berkongsi ceramah Ustazah kepada isteri apabila dia bergaduh suami isteri

“Cantik rumah baru ustzah..tahniah suka sy tngok org alim berjaya Syukur Alhamdulillah dapat jumpa antara orang yg saya sanjungi kerana ilmu beliau.. tegur sy pun dgn cara baik malah mendoakan kebaikan sy.…kalau saya gaduh dgn isteri saya selalu saya hantar klip2 ceramah ustazah dekat youtube pada isteri saya…..tak sangka ustazah sudi jemput saya insan kerdil ni ..semoga Ustazah diberi kesihatan rezeki yg baik dan berjaya dunia dan akhirat dan doakan saya jadi hamba yg lebih baik”-Tulis Dato Aliff Syukri

Reaksi netizan:

“Bahagia tengok org Melayu Islam Kita Kaya Dan berjaya..soleh Dan solehah . Alhamdulillah.”

“Suka tengok…sejuk mata memandang”

“Betul tu…dgn ceramah ustazah ni la sy blajar ubah diri sndiri sblom ubah org lain..sy taknak cari kelemahan suami atau sape2..sy blajar terima sglnya .hgga skang kami bahgia dan saling menerima klemahan.. alhamdulillah Allah dekat kan awak dan kluarga dgn org yg baik2…smg awak dan kite semua berjaya didunia juga akhirat ..”

“Alhamdulillah…suka tengok kelurga dato & keluaqa ustazah .. semoga bahagia selalu..”

Berikut sedikit info mengenai Ustazah Asma’ Harun

Nama: Asma’ Binti Harun

Asal: Kuala Terengganu, Terengganu

Tempat Tinggal: Seremban, Negeri Sembilan

Nama Pasangan: Tengku Fazli Bin Tengku Yahya

Pekerjaan: Pensyarah kejuruteraan kimia

Anak: 7 Orang

Nama Ibu: Fikriah Binti Awang

Nama Bapa: Harun Bin Ismail

Pendidikan:

SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka

SMU (A) Maahad Muhammadi Lil Banat (pendidikan awal)

Diploma Syariah (KUSZA)

Ijazah Syariah (Universiti Al-Azhar)

Master Pengajian Islam (OUM Negeri Sembilan)




Pekerjaan: Pendakwah, penceramah bebas, motivator, perundingcara rumahtangga, bekas penolong pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan penolong pengarah Bahagian Halal

Latar belakang Keluarga Ustazah Asma’

Sejak kecil lagi ustazah Asma’ telah pendidikan agama dan moral yang terbaik oleh orang tuanya. Ayahnya bernama Harun Bin Ismail. Beliau bekerja sebagai seorang peniaga nasi ayam dan juga pendakwah.

Manakala, ibu tersayangnya bernama Fikriah Binti Awang dan merupakan seorang guru fizik. Yang sangat mengagumkan, moyangnya ialah Tok Guru Haji Abbas dan datuknya pula ialah Ustaz Haji Awang Abu Bakar. Bukan calang-calang salahsilah keluarga ustazah Asma’.

Ustazah Asma’ mempunyai seramai 10 orang adik beradik iaitu Najihah, Ibrahim, Aishah, Abdul Hadi, Asiah, Siti Khadijah, Siti Aminah, Muhammad Nasrullah dan Nabilah.

Keluarga besar beliau dididik dengan penuh kasih sayang, disiplin dan didikan agama yang cukup sempurna. Mengikut perkongsian ustazah Asma’, kesemua adik-beradiknya berjaya khatam al-Quran dengan bergurukan ibu dan bapanya.

Biasanya, selepas waku subuh dan maghrib mereka akan membaca dan mempelajari al-Quran bersama-sama. Walaupun ibu dan ayahnya sibuk dengan urusan pekerjaan, mereka tidak pernah penat untuk mengajar al-Quran.

Ibunya sering menitipkan nasihat kepada anak-anaknya bahawa, walau sesibuk manapun mereka nanti, jangan lupa ajarkan sendiri al-Quran kepada anak-anak. Penulis amat kagum dengan didikan dan nasihat yang diberikan oleh ibu beliau.

Selain itu, mereka juga diterapkan disiplin untuk makan bersama-sama. Anak-anak tidak boleh makan bersendirian. Jika terasa lapar pun, mereka akan alas perut dengan makanan ringan. Jika sudah kenyang sekalipun, semuanya perlu berkumpul bersama-sama.

Sejak kecil lagi, kesemua adik-beradik ustazah Asma’ dibiasakan dengan kelas ilmu agama. Walaupun tidak faham apa-apa, mereka tetap akan ke kuliah bersama-sama ibu dan ayah.

Menurut beliau, setiap hari Jumaat, beliau dan keluarganya akan ke Masjid Rusila. Tujuannya untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Tok Guru Haji Hadi. Itulah permulaan kecintaan ustazah Asma’ terhadap ilmu agama.

Pada hampir setiap hujung minggu, ibu dan ayahnya akan membawa mereka sekeluarga berjalan-jalan. Kadang-kadang ke taman permainan, ada masanya pula ke pantai.

Walaupun anak-anaknya ramai, ibu dan ayah ustazah akan memastikan kesemuanya ikut dengan menaiki kereta yang sama. Semua wajib ikut walaupun sudah dewasa. Adik-adik yang masih kecil diletakkan di atas riba.

Ustazah Asma’ mengagumi sikap orang tuanya yang mengamalkan sikap toleransi yang tinggi. Walaupun ibunya sibuk dengan tugas sebagai guru, ayahnya tidak keberatan untuk memasak hampir setiap hari. Wah, sangat mengagumkan!

Menurut beliau lagi, ibu bapanya berusaha memastikan anak-anak mereka akan berkumpul dalam apa jua aktiviti. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, pupuk kasih sayang dan saling menghormati.

Bertemu Jodoh

Ketika berumur 22 tahun, beliau telah bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik, Tengku Fazli. Suaminya berasal dari Kuala Besut, Terengganu. Setelah bertahun-tahun hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seramai 7 orang anak.Nama anak-anak mereka ialah Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.

Ustazah Asma’ sangat berterima kasih dengan didikan agama dan disiplin yang diterapkan oleh orang tuanya sejak beliau kecil. Menurutnya, beliau berjaya disebabkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Malahan, kehadiran suami lebih memberikan kesempurnaan buat dirinya. Suaminya seorang yang sabar, prihatin, pendengar setia dan sering memberi nasihat kepada beliau.

Itulah serba sedikit perkongsian penulis tentang figura yang hebat ini. Anda boleh membaca dan menonton perkongsian ilmu dalam media sosial beliau iaitu:

Malahan, beliau juga ada menulis beberapa jenis buku tentang ilmu dan dakwah. Anda boleh mendapatkannya di kedai buku mahupun secara online.

Diharapkan kita semua mendapat manfaat daripada artikel ini, in shaa Allah. Semoga Allah membalas segala jasa dan usaha beliau dalam menyampaikan ilmu. Apakah video ustazah yang memberikan kesan kepada anda? Kongsikan dengan kami.

Buat ustazah Asma’, moga terus diberikan kesihatan yang baik dan jangan jemu-jemu menyampaikan ilmu. Semoga segala kebaikan beliau diberkati Allah di dunia dan akhirat.

kredit: ig Aliff Syukri, https://bidadari.my/


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم