“Dia dulu kahwin dgn cina, ada 2 anak “- Kenalan muzzil buka cerita kenapa dia jadi Macamtu..

Ramai tertanya-tanya budak muda yang upload video hina Rabbul Jalil, Baginda Rasul SAW dan hina Agama Islam dengan perkataan yang sangat kotor dan keji semalam, malah mencabar team Semboyan Yusuf Azmi, telah pun dapat dipastikan.

“Dia dulu kahwin dgn cina, ada 2 anak “- Kenalan muzzil buka cerita kenapa dia jadi Macamtu..



Atas kad pengenalan beliau, begitulah yang tersurat adanya, yang tersirat dalam pengetahuan Allah belaka.

ARTIKEL MENARIK:“Atas IC beliau, begitulah yang tersurat” Agama, Bangsa Lelaki Yg Hin4 Nabi Berjaya Didedahkan Buat Ramai Mcm Tak Percaya


Dia upload video tak sampai berapa jam, video tersebut sampai kepada Kanda Yusuf Azmi. Kanda Yusuf Azmi tak cakap banyak, dia hantar semut dan labah-labah je katanya. Bukan untuk kepentingan diri dan

Semboyan tapi tindakannya sebagai pembelaan atas Nabi dan agamanya yang dihina. .

Kenalan maklum lepas bercr4i, dia jadi macam tu

Jiran tampil beritahu Muzil nampak sihat

Terdahulu pendakwah selebriti PU Syed berkongsi video permohonan maaf yang dibuat lelaki ini selepas ‘berkicap’ dibelasah. Kata lelaki ini, dia sebenarnya mahu tunjuk tak sepatutnya dia lakukan perkara seperti itu. Dia berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran daripadanya.




Beliau Tak Salahkan orang yang pukul dirinya..
Salam sejahtera dan apa khabar. Apa-apa yang berlaku saya minta maaf. Tengok, dah teruk kena ni. Aku tak salahkan mereka-mereka itu semua. Aku faham, sebenarnya aku nak tunjuk tak sepatutnya aku buat macam tu. So, kat luar itu janganlah buat macam ini lagi ye. Aku nak gerak dulu. Settle la ye.

Dalam hantaran terbaru yang dibuat PU Syed, lelaki itu dipercayai telah ditahan pihak berkuasa. Dia dilihat diiring keluar daripada rumahnya oleh anggota polis.

Memetik laporan Kosmo!, lelaki tersebut dipercayai ditahan di sekitar kawasan Puchong, Selangor.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang lelaki mengeluarkan pertanyaan berbaur penghinaan terhadap agama sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Pun begitu, seorang lelaki dikenali sebagai Muzil Juling akhirnya membawa padah apabila dirinya dibelasah oleh sekumpulan individu yang dikatakan berang dengan perbuatannya itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pendakwah selebriti PU Syed, lelaki berkenaan dilihat mengalami pendarahan di bahagian muka.

Malah, kedengaran juga suara beberapa individu memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut selain meminta lelaki tersebut pergi ke balai polis.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan hari ini.

Menurutnya, suspek berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai Puchong kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 298 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, polis turut menjalankan siasatan terhadap individu yang dikatakan membelasah suspek dalam video terbabit.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang-undang.

“Beri pihak polis jalankan siasatan,” katanya.

Difahamkan kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Apa kata anda? Kobgsikan bersama kami


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم