Hilang satu doa yang berkat dalam dunia, Azza Elite kehilangan org tersayang

PENYANYI dan pelakon Azza Elite memaklumkan bapanya, Zawari Abdul Aziz, 71, meninggal dunia pada pagi Isnin.

Hilang satu doa yang berkat dalam dunia, Azza Elite kehilangan org tersayang



Azza atau Noor Azzarima Zawari memaklumkan perkara itu menerusi Instagram miliknya namun tidak mendedahkan punca kematian bapa tersayang.

ARTIKEL MENARIK:“Rekod Perubatan Mmg Dia Aktif Bersama Dgn Org Sama”- Individu Dakwa Ira Kazar Dah Kahwin?


“Kullu nafsin dzaikatul m4ut… Innalillahiwainnailahirojiun buat Abah saya Allahyarham Zawari Abdul Aziz.

Berbahagialah bertemu Allah, Abah,” tulisnya.
Dalam perkongsian berbeza di Instagram Story, Azza memberitahu hatinya tersentuh melihat keadaan jenazah bapanya yang kelihatan seperti tidur selain wajahnya yang bersih.

“Abah macam tidur sahaja, penat ya? Bersih wajah Abah… Abah rehat tau.




“Abah dalam jagaan Allah sentiasa. Di dunia dan akhirat Allah ada untuk Abah. Tutup rapat betul mata Abah,” tulisnya.

Azza juga memberitahu pemergian bapa tersayang juga kehilangan satu doa yang berkat di dunia untuknya.

“Noor sayang Abah. Noor hilang satu doa yang berkat dalam dunia. Abah tolong doa dari syurga untuk Noor,” katanya lagi.

kredit:mstar


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم