Susulan keputusan mahkamah terhadap kes penyelewengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun tampil menitip pesan agar orang ramai tidak terlalu ‘bergembira’ dengan khabar berkenaan.
‘Kebaikan pastinya pernah dibuat’
ARTIKEL MENARIK:Budak 5 tahun m4ut jtuh dari tingkat 9 flat, saksi dedah sesuatu buatkan ramai tak jangka
Menerusi video yang dikongsi semula pelakon Anne Ngasri di laman Instagram, Asma’ berkata bahawa dia agak terkilan melihat orang Islam khususnya menghina sesama sendiri di media sosial dengan perkataan yang kasar dan tidak sopan.
Ramai yang bergembira semalam, cukup mengeluarkan kalimah syukur tanpa menghina individu terbabit.
Undang-undang telah tertegak, apa keburukan berlaku pada dia kita tak boleh rasa gembira dengan ayat seperti padan muka, rasakan.
Kebaikan pastinya pernah dibuat, jangan dinafikan perkara ini mustahil semuanya jahat dan keburukan.
Tegas Asma’ lagi, umat Islam di negara ini tidak perlu terlalu mengagungkan arena politik sehingga perlu saling bermusuhan sesama saudara seagama.
Tak perlu kita timbulkan fitnah lain kerana ketidakpuasan hati kita, musuh Islam tepuk tangan lihat kita bergaduh sesama sendiri dan orang bukan Islam pula mengeratkan hubungan mereka.
Sebagai orang beriman kita tak boleh menghina atau kita tak boleh bergembira di atas kecelakaan orang lain lebih-lebih lagi saudara sesama Islam kita, tak kira siapa, bahkan orang itu pernah menghina dan fitnah kita.
Dalam pada itu, Asma’ menyeru agar orang ramai mendoakan Perdana Menteri Ke-6 itu agar berubah menjadi seseorang yang
lebih baik.
VIDEO:
Terdahulu, Najib gagal dalam rayuan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta, dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun, dan denda RM210 juta.
Sumber: Instagram Anna Ngasri via Oh Bulan
Kredit -
إرسال تعليق