“Rasanya pihak polis dah tahu siapa pelaku”-Misteri Isu Buli MRSM Kuantan Akhirnya Terungkai

Terdahulu tular di Facebook berhubung kes seorang wanita mendakwa anaknya dibuli di sebuah MRSM di Kuantan, Pahang sejak Jun lalu dan pihak asrama dikatakan lambat bertindak menangani isu itu.

“Rasanya pihak polis dah tahu siapa pelaku”-Misteri Isu Buli MRSM Kuantan Akhirnya Terungkai



Wanita terbabit mendakwa beliau sudah membuat laporan polis berhubung kes itu.

ARTIKEL MENARIK:Hampir Seminggu Hilang Selepas Ke Kebun, Ini Lokasi Warga Emas Ditemui


Berdasarkan kes yang tular, wanita itu mendakwa baju sekolah anaknya digunting dan diconteng, selain rambut digunting ketika tidur serta mendakwa wujud perbuatan khianat serta budaya gengsterisme di MRSM itu.

Menurut Cikgu Fadli, kes tersebut di anggap selesai selepas keluarnya kenyataan media dari PDRM

“Polis dah keluarkan kenyataan media pada 13 Ogos lepas tular isu buli MRSM Kuantan.

“Kenyataan media ini mengatakan, hasil siasatan polis ‘Tiada unsur-unsur gangsterisme dalam kejadian ini’.

“Pendek kata, tak ada kes buli, tak ada pembuli dan tiada yang dibuli. Itu yang saya faham dengan kenyataan media ini.

“Rasanya pihak polis dah tahu siapa pelaku, namun tidak menghebohkan untuk menjaga emosi pelaku kerana besar kemungkinan pelaku kes ini ada masalah emosi.

“Kita doakan adik ini kembali sihat hendaknya.

Minta tolong jangan kecam dan sindir pelaku walau kalian dapat teka siapa orangnya. Jangan disebabkan kata-kata kita, emosi pelaku lebih teruk hingga mungkin mencederakan diri, melarikan diri dan seumpamanya.

“Mereka ini masih kecil. Baru menjengah alam remaja. Belum matang elok fikirannya. Jangan dera lagi emosi mereka.

“Doakan sahaja agar semuanya kembali baik-baik dan mereka pulih sepenuhnya.

“Dan jangan lagi mengecam pihak warden dan MRSM Kuantan. Efek post tersebut bukan kecil-kecil anak. Teruk MRSM Kuantan kena hentam sedangkan semua orang tahu MRSM adalah antara sekolah terbaik yang ada di negara kita.

“Alhamdulillah. Kiranya selesai dah kes ni. Tak perlu panjangkan lagi saya rasa.



“Tahniah semua pihak yang berjaya rungkaikan kes mistik dan misteri ini.

#MFS

Dalam pada itu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyerahkan sepenuhnya kepada polis menyiasat kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan salah laku termasuk kes buli.

Katanya, beliau akan meneliti laporan lengkap berkenaan siasatan kes itu dan apabila siap kelak akan diserahkan kepada pihak polis dan setakat ini enggan memberi sebarang komen.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang terbabit jika hasil siasatan mendapati berlaku salah laku itu,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini.

h.jpg


Kredit -Trending Sangat
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم