Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sedih dalam kandang tertuduh manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengelap air mata selepas Mahkamah Persekutuan di sini mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Selain Rosmah, turut berada disamping Najib ialah dua anaknya, Norashman serta Nooryana Najwa.
ARTIKEL MENARIK:Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Akhir , Ini Hukuman Dan Denda Yang Akan Najib Tempuhi
Setakat pukul 5.45 petang, Najib, 69, dilihat tidak berganjak daripada kandang tertuduh.
Terdahulu sebelum hukuman dijatuhkan, Najib memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini bahawa, timbul keraguan sama ada beliau akan mendapat peluang yang adil untuk dibebaskan daripada ujian itu.
Najib ketika memberi kenyataan sebelum mahkamah menjatuhi hukuman, berkata, situasi yang dihadapi membuatkannya berasa tidak selesa.
Menurutnya, tidak pernah ada satu kes dalam sejarah undang-undang di Malaysia, di mana peguam dalam perbicaraan jenayah atau rayuan dihalang daripada menarik dirinya daripada mewakili anak guam mereka.
“Sepanjang prosiding berlangsung minggu lalu, saya dapati peluang saya untuk mengecapi kejayaan pada rayuan ini perlahan-lahan terhakis.
“Bukan kerana kekurangan merit tetapi kerana saya tidak diwakili,” katanya dihadapan lima panel diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
PESANAN NAJIB RAZAK KEPADA MENANTUNYA SEBELUM DIA DIBAWA PERGI KE PENJ4RA.
Menantu Datuk Seri Najib Tun Razak, Nur Sharmila Shaheen memaklumkan bapa mentuanya mengingatkan agar anak-anaknya menjaga keluarga sepanjang ketiadaannya bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun.
Nur Sharmila yang merupakan isteri kepada Datuk Mohd Nizar berkata, Najib kekal tabah sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.
“Beliau minta jaga keluarga dan ‘remain strong’,” katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada Selasa.
Ujarnya, bekas Perdana Menteri itu dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini.
Najib bersama cucu dan menantu
Anak Najib mohon maaf, tidak cukup berjuang untuk bapanya
“I’m sorry daddy….” (Maafkan saya daddy)
Demikian luahan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa, sejurus Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadapnya membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
“Mungkin kita tidak cukup berjuang, mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap sistem keadilan. Mungkin kita terlalu percaya dengan matlamat dan tujuan, menyebabkan kita bertahan sepanjang empat tahun ini.
“Namun, kamu (daddy) tidak mendapat keadilan hari ini, malah kita tidak berpeluang untuk berjuang. malah kita juga tidak berpeluang bertempur. Tetapi Bossku tidak berakhir di sini,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya, hari ini.
Anak keempat Ahli Parlimen Pekan itu berpandangan, sistem undang-undang tidak menyebelahi nasib bapanya selepas berjuang selama empat tahun bagi menafikan pertuduhan itu.
Dalam hantarannya itu, Nooryana yang menggunakan nama akaun yananajib berkata, mereka sekeluarga mengagumi kekuatan Najib dan akan terus berjuang bagi memastikan Najib mendapat keadilan sewajarnya.
“Saya berjanji, Mummy, Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga dan orang kamu (daddy), tidak akan berehat sehingga kamu kembali bersama kami dan keadilan ditegakkan.
“Saya akan berpegang pada kata-kata perpisahan kamu dengan saya setiap hari iaitu mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan fikiran kita.
“Tetap kuat, ALLAH SWT bersamamu ayahku. (Saya) sentiasa bersama kamu, untuk sekarang dan selamanya,” katanya.
Hantaran itu yang dihadkan komen, menerima kata-kata positif dan semangat daripada kenalan Nooryana dan netizen.
Penyokong hampa tak dapat tengok Najib buat kali terakhir
Kebanyakan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak pulang dengan perasaan hampa apabila mereka tidak dapat melihat kelibat bekas Perdana Menteri itu buat kali terakhir sebelum dibawa ke penjara.
Walaupun hujan renyai sepanjang petang, penyokong Najib langsung tidak berganjak dari pekarangan pintu belakang Istana Kehakiman di sini dan terus berhimpun sambil melaungkan seruan ‘Hidup Bossku’ dan ‘Allahuakhbar’.
Najib yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam itu dilihat keluar melalui laluan lain sambil diiringi kenderaan polis manakala ahli keluarganya termasuk Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan laluan yang dipenuhi para penyokong.
Tidak kira jantina dan usia, rata-rata penyokong Najib dilihat menitiskan air mata dan berpelukan selepas mengetahui keputusan Mahkamah Persekutuan menerusi laporan-laporan berita di laman sosial.
Kebanyakan penyokong wanita yang setia menunggu Ahli Parlimen Pekan itu sejak awal pagi juga seakan-akan tidak percaya apabila mengetahui nasib Najib.
Difahamkan rata-rata penyokong Najib datang dari serata negeri termasuk dari kawasan Parlimennya iaitu Pekan, Pahang dengan menaiki enam buah bas.
Sekitar pukul 6 petang, kesemua penyokong terbabit mula dilihat meninggalkan kawasan mahkamah.
Terdahulu, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Najib.
Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Kredit -
إرسال تعليق