Baru berusia 18 tahun, namun anak gadis pelakon Vanidah Imran ini mencuri tumpuan ramai. Maryam Rashika merupakan anak kedua Vanidah hasil perkahwinannya dengan pelakon Rashidi Ishak.
Baru-baru ini Vanidah berkongsi foto bersama anak gadisnya ketika meraikan hari ibu untuk tatapan umum. Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik, Vanidah mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu di seluruh dunia.
ARTIKEL MENARIK:Bermula Pakai Tudung Gara Gara Rambut Rosak, Mila Jirin Syukur Masih Ingin Menutup Aurat Dan Minta Warganet Sentiasa Mendoakan Rakan Artis
Ternyata dari gambar yang dipamerkan sudah cukup menunjukkan pasangan anak-beranak ini memang akrab. Bukan itu sahaja, di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Maryam dan mengaitkan wajah nya mirip dengan model Zahirah McWilson.
KOMEN NETIZEN :
Namun apa yang pasti Maryam mewarisi kejelitaan ibunya, Susan yang merupaka naib juara Miss World Malaysia 1993 . Sekadar info, Vanidah berkahwin dengan pelakon dan gitaris De4d Mushroom, Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 dan mempunyai dua anak bersama, Mikail dan Maryam. Walau bagaimanapun, Vanidah dan Rashidi telah memfailkan percer4ian pada 9 Ogos 2018.
Vanidah Imran kembali bergelar isteri, syukur suami ada persamaan
PETALING JAYA – Setelah empat tahun hidup solo, aktres popular Vanidah Imran kini kembali bergelar isteri apabila berkahwin dengan seorang jurutera, Arifabillah Idris.
Majlis pernikahan Vaninah dan Arifabillah, 43, pasangan dikendalikan Pendaftar Nikah Cer4i Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa di ibu kota sekitar pukul 12.12 tengah hari tadi.
Tanpa sebarang hebahan atau pengakuan tentang jodoh, pelakon berusia 49 tahun itu menyifatkan perjalanan menemukan seorang lelaki baharu sebagai peneman hidupnya bukan sesuatu yang mudah, namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik tersebut dipermudahkan Allah.
“Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
“Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,” ujarnya.
Paling melegakan, Vanidah bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.
Jelasnya lagi, dia dan suaminya pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama dan masing-masing sudah dikurniakan anak, justeru, persefahaman lebih mudah dicapai.
“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda dan bapa tunggal kepada empat cahaya mata.
“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” katanya.
Semasa majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat, Vanidah dan Arifabillah, sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.
Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Satkoba
Kredit -Pisang Daily
إرسال تعليق