Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah, Sekali Ini Pula Reaksi Ifa Raziah Buat Ramai Yang Terkedu

Perbuatan penyanyi dan juga usahawan Ifa Raziah yang menggelek sewaktu majlis akikah mendapat teguran daripada pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah, Sekali Ini Pula Reaksi Ifa Raziah Buat Ramai Yang Terkedu



Menerusi hantaran Facebook beliau, Ustaz Ahmad Dusuki secara umum memberi nasihat kepada umat Islam berhubung setiap harta yang diperolehi dan cara ia dibelanjakan kelak akan di soal oleh Allah SWT. “Tidak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, dibimbang jika yang masuk duit itu membawa kepada kecelakaan pada masa depan. “Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan ke mana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, jika hartanya hanya mengenyangkan perut, tergolek-golek di akhirat nanti menjawab di hadapan Allah.

ARTIKEL MENARIK:Dikec4m j4hil agama, Ifa Raziah memang sengaja ‘menunjuk’ buat live ketika solat


“Lebih-lebih lagi hartanya daripada sumber menggelek punggungnya dalam khalayak ramai di dunia ini. “Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? Bangganya kau,” menurut hantaran tersebut. Terdahulu Kosmo! melaporkan jawapan Ifa tentang tohmahan netizen selepas dikecam berkelakuan tidak sopan (bergelek) sewaktu membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini. Menerusi laporan tersebut, Ifa mengatakan, “Saya penyanyi dangdut. Sebagai penyanyi dangdut apa yang saya kena buat ialah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan”. Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha berkata, terdapat dua acara dalam majlis yang dihadirinya itu iaitu akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan.



Selepas cerita berkenaan Ustaz Ahmad Dusuki tersebar, di dalam instagram rasmi Ifa Raziah dia telah memuat naik satu gambar ini dengan kapsyen ” HAHAHA INI  MEMANG MASUK AKAL .. BUAT AHLI POLITAIK AGAMA “ Penyanyi, Ifa Raziah, baru-baru ini mempertahankan tindakannya bergelek ketika membuat persembahan. Penyanyi itu berkata, gelekan itu yang membawa rezeki sehingga ada pihak yang sanggup membayar puluhan ribu ringgit untuk sebuah persembahan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Satkoba


Kredit -Pisang Daily

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post