Ada Yg Kecewa Namie Tk Menang Superstar Paling Gempak, Sekali Ini Respon Awie

Ketua juri Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) Datuk Awie mempertahankan pemilihan penyanyi, Shiha Zikir sebagai pemenang Superstar Paling Gempak Musim Ini di pentas final MLS3 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Ada Yg Kecewa Namie Tk Menang Superstar Paling Gempak, Sekali Ini Respon Awie



Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, Shiha merupakan antara peserta yang paling menyerlah pada edisi kali ini.

ARTIKEL MENARIK:-“Awak tak bagi satu sen pun..”- Abai Nfkah Anak Lebih 10 Tahun, Bekas Isteri Cerita Perangai Sebenar Cliff Umar




“Kalau kita melihat karakter yang dibawa oleh Shiha, pada saya dia menjiwai watak-watak itu sangat bagus dan baik.

“Bukan nak kata Namie tak bagus tapi usaha yang dibawa oleh Shiha (CILI) sangat berjaya.

“Saya melihat daripada mula MLS3 sehinggalah final, Shiha sangat konsisten dan berjaya mengembangkan watak dengan jayanya,” katanya pada sidang media program itu.

Pentas final MLS3 berlangsung sengit menyaksikan persaingan empat kumpulan bertanding iaitu UBI, CILI, BAHROY dan OOD.


Bagaimanapun peminat agak hampa apabila Namie dari UBI gagal meraih gelaran tersebut meskipun kumpulannya yang dinobatkan selaku juara.

Sementara itu, Namie menjelaskan dia tidak ke.ce.wa sebaliknya menyifatkan Shiha sememangnya layak meran.gkul gelaran tersebut.



“Saya tengok setiap kali pemilihan Superstar semuanya yang paling menonjol pada setiap minggu.

“Untuk saya sendiri, ada minggu saya jadi ‘feeder’ berbanding Shiha yang jadi killer setiap minggu.





“Jadi saya setuju dengan kenyataan Datuk Awie dan terima keputusan yang ada. Ia rezeki Shiha,” katanya.



Keputusan MLS3 menyaksikan kumpulan UBI muncul juara diikuti kumpulan CILI di tempat kedua.

Sementara BAHROY dan OOD masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: MH


Kredit -Bulletin 50 Times.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post