PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa dengan layanan kakitangan dan sistem sebuah bank tempatan yang dikatakan tidak mesra pelanggan serta menyusahkan.
Ini kerana menurutnya, dia terpaksa ‘mengangkut’ ibunya yang kini terlantar di atas katil menggunakan ambulans untuk ke bank bagi proses penukaran kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang baharu.
ARTIKEL MENARIK:Tersebar wajah terkini mngsa MH370, anak tampil beritahu perkara ini
Menerusi perkongsian di laman Twitter, wanita tersebut memaklumkan bahawa kad ATM ibunya itu tidak boleh digunakan lagi kerana sudah tamat tempoh dan perlu digantikan kad baharu dengan segera.
Sebelum itu katanya, dia ada menelefon pihak bank bertanyakan proses untuk menukar kad ATM baharu untuk ibunya yang kini lumpuh dan hanya mampu terlantar di atas katil.
Namun katanya, pihak bank memberitahu bahawa tiada cara lain untuk memperbaharui kad ATM dan dia perlu membawa ibunya ke bank.
“Saya terpaksa meminta bantuan daripada pihak ambulans (St Johns) untuk membawa mak ke bank kerana tak boleh bawa mak naik kereta dengan keadaannya yang tidak boleh duduk.
“Semua itu kos yang terpaksa saya keluarkan sendiri bukan percuma, ada juga bank yang tidak ada timbang rasa dekat orang sakit,” luahnya.
Kosmo! difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah negeri di utara semenanjung.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan pihak bank tersebut yang dianggap mereka terlalu ‘kejam’ dan menggunakan sistem ‘kuno’ malah ada juga yang berkongsi pengalaman menggunakan khidmat bank lain.
“Ibu saya (kakitangan bank), kalau ada kes macam ni dia dengan staf lain sendiri pergi rumah orang tu ambik cop jari, paling tidak pun kalau boleh bergerak tapi tak mampu nak berjalan boleh duduk dalam kereta je pun boleh staf keluar ambik cop jari walaupun orang itu dalam kereta,” tulis @hdrsma.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai @Hanifariffin97.
“Benda ni betul dulu bawa arwah nenek tak dapat turun kereta sebab tak boleh jalan, pegawai tu suruh juga datang kaunter. Bukan main susah nak turun sebab tempat tu sempit, kemudian pegawai tu keluar dari pejabat pergi kat kereta, ” ujarnya.
Menurut pemilik video ini lagi, pihak bank public cawangan gurun sudah pun menyekat akaun bank mak dan tidak dapat untuk mengeluarkan sebarang wang. Dari kad bank tersebutlah mak menerima duit pencen bagi perbelanjaan keperluan pampers.
Berikut perkongsian pemilik akaun Tiktok Nur Hatini buat ramai simpati
“pihak bank public gurun,sudah block acc bank mak saya x boleh withdrw duit(kad baru buat) tnpa alasan bila di call n minta sya pergi jmpa manager PB”
“dari kad bank tu mak saya terima pencen dan duit pencen tu kami guna untuk belanjakan pempers serta keperluan dia (bedridden)”
“hanya pencen ilat arwah abah tak banyak ,cuma boleh membantu untuk beli keperluan mak,bila jadi mcm ni agak terkilan
“bukan dari golongan berharta betul betul mengharapkan duit masuk bulanan tu utk beli kperluan mak tpi pihak bank dah block
“terputus nak beli keperluan mak ,yaAllah terkilannya rasa macam ni ka golongan tak berharta di layan oleh pihak mereka
“sewa ambulans pun bukan murah terpaksa semua tu perlukan duit..St John Gurun memang terbaik sangat memahami& servis yg terbaik mereka bagi dekat mak
KOSMO! ONLINE, tiktok
Kredit -
إرسال تعليق