Seorang lelaki mendakwa dirinya adalah anak kepada Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camilla, selain turut dikatakan pernah menulis surat kepada mendiang Ratu Elizabeth II untuk memohon agar ujian DNA dilaksanakan.
Lelaki tersebut dengan status kerabat diraja yang masih diragui, Simon Dorante-Day telah lama mendakwa bahawa Raja Charles III dan Camilla merupakan ibu bapa kandungnya. Dia juga mengatakan bahawa dirinya sudah ‘dikaburi’ selama beberapa tahun.
ARTIKEL MENARIK:10 Tahun Hilang Akhirnya Ditemui Dalam Sebuah Peti Sejuk.
Pada awal tahun, Dorante-Day mendakwa bahawa dia menghantar surat kepada mendiang Ratu Elizabeth II untuk meminta baginda memberikan keberanian kepada anak lelakinya untuk mendapatkan ujian DNA. Walau bagaimanapun, surat itu tidak dibalas.
Kini, lelaki yang mendakwa dirinya sebagai anak tidak sah taraf kepada kerabat diraja tersebut mengatakan bahawa dia sedang memutuskan sama ada ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap Keluarga Diraja British dan sanggup membawa Raja Charles III ke mahkamah untuk ujian DNA.
Kredit: Facebook
Dorante-Day yang mengatakan dakwaannya adalah hasil penyelidikan selama berpuluh tahun, berkata, “Terdapat perbincangan di antara hakim, saya dan peguam cara tentang kedudukan Charles di sisi undang-undang dan sama ada raja dilindungi oleh undang-undang atau berada di atas undang-undang.
“Dan jawapannya tidak – mereka memberitahu saya bahawa kita tidak nampak apa-apa sebab mengapa dia boleh mendapat kedudukan sebegitu. Dan kedua, Camilla dan keluarganya sudah pastinya tidak berada di atas undang-undang. Jadi hujah itu sudah ada dan dapat diselesaikan,” katanya kepada pihak 7News di Australia.
Berita Pemergian ‘Neneknya’
Difahamkan, lelaki ‘bakal diraja’ yang berusia 56 tahun itu berkata walaupun dirinya kehilangan insan yang berkemungkinan neneknya (mendiang), ia masih tidak dapat menghalang dirinya untuk menuntut hak.
Malah Dorante-Day terharu dengan panggilan daripada media selepas ‘neneknya’ meninggal dunia secara tragis pada Khamis lalu (8 September).
Lewat minggu lalu, lelaki tersebut yang merupakan seorang jurutera di Australia itu membuka mulutnya mengenai kematian mendiang baginda pada usia 96 tahun.
“Seperti semua orang di planet ini, sukar untuk merasa tidak terkesan dan bersedih dengan pemergiannya.
“Sejak mendapat tahu tentang kehilangan nenek (mendiang), saya telah dibanjiri dengan ucapan takziah atas kehilangan tersebut. Terima kasih semua atas kata-kata, ingatan, dan keprihatinan anda.
“Seperti yang telah dinyatakan oleh anda, saya sekeluarga berkabung bukan sahaja atas kehilangan baginda tetapi kehilangan satu lagi peluang untuk menyelesaikan masalah ini dengan senang hati, dengan cara yang betul.
“Walaupun saya kehilangan peluang untuk mendengar sendiri kisah ini menurut versinya, kita semua masih dapat merasai kesedihan yang sangat besar atas pemergiannya, sama ada pada skala peribadi atapun awam,” kata ayah sembilan anak itu.
Sumber: Irish Mirror
Kredit -Siakap Keli.
Post a Comment