BANGI, 2 Rabiulawal 1444H, Khamis – Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa esok.
Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), ketetapan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang ditetapkan kerajaan.
ARTIKEL MENARIK:“10 Keturunan Makan Tak Habis” Ini Senarai 15 Orang Paling Kaya Di Malaysia, Jumlah Harta Mereka Didedahkan
Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, meskipun pelitup muka tidak lagi diwajibkan, pemakaiannya di dalam masjid dan surau masih digalakkan.
“Manakala individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka.
“Marilah kita semua berusaha untuk mengimarahkan masjid dan surau pada setiap masa bersama-sama ahli keluarga dan jiran tetangga agar kesejahteraan masyarakat dan negara dapat dibina,” katanya.
Kredit -ismaweb.
إرسال تعليق