Selepas terkait dengan beberapa siri kontr0versi melibatkan dirinya dan pelakon Ruhainies, Zul Ariffin tampil menjelaskan status hubungan mereka berdua.Menurut Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 35, hubungan yang terjalin dengan aktres berkenaan hanyalah sekadar teman seperjuangan sahaja.
Tambah Zul, Ruhainies sememangnya mempunyai teman lelaki, cuma pelakon itu tidak terbuka untuk berkongsi dengan khalayak.
ARTIKEL MENARIK:Jalaluddin Hassan nikahi isteri baharu bukan rela hati, ambil masa 4 tahun untuk jatuh cinta
Zul berkata demikian selepas diajukan dengan beberapa pertanyaan berkenaan dakwaan dirinya telah berkahwin secara senyap.“Oh, sebab ada few gosip dengan Ruhainies? Ruhainies dah ada boyfriend lah.“Just advertise je lah… It’s Ruhainies yang tak nak advertise dia ada boyfriend. Ruhainies ada boyfriend guys… Sorry Ruhainies!
“Why orang nak duduk bertepuk tampar dengan saya adalah… bila mereka fikir saya terlalu baik orang akan take advantage. Semuanya sebab nak kan artikel right? That is pathetic. So, jangan lah buat macam tu.“Then, when I am stop being nice, stop being friendly, masyarakat akan label saya sombong… Untuk apa? Content?” katanya dalam temu bual bersama Melodi TV3.
Sementara itu, Zul memaklumkan dia kini sedang sibuk dengan karier lakonannya.Bahkan, sekiranya dia sudah memiliki teman istimewa sekalipun, itu bukanlah tiket untuk netizen masuk campur urusan peribadinya.“Sekarang ini saya dengan diri saya dan kerjaya saya. Kalau saya ada girlfriend pun, it’s none of your business guys.“Saya nak kahwin, saya kahwinlah… But, ia bukan wedding of the year. Banyak lagi kerja lain kena buat,” jelasnya.
Selain itu, teraju utama filem Juang ini juga turut berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalanan seninya dan berharap kepercayaan diberikan peminat itu adalah perkara paling ‘mahal’ sebagai anak seni.
“Untuk semua peminat yang dah support thru ups and down dalam perjalanan karier saya, thank you! And, it’s my duties to make sure I don’t quit. Yang penting kepercayaan anda semua sangat mahal untuk diri saya,” katanya.
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment