Tiga kali keluar masuk penjara, Fuad Rahman nekad berubah lepas lihat keadaan ibu

DETIK melihat ibu tersayang datang melawat ketika berada dalam tahanan penjara membuatkan peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) Fuad Rahman insaf dan nekad meninggalkan dunia gelap yang dilalui sebelum ini.

Tiga kali keluar masuk penjara, Fuad Rahman nekad berubah lepas lihat keadaan ibu



Fuad atay Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, kekuatan ibunya yang berusia 81 tahun ketika itu datang dengan berjalan menggunakan tongkat telah menjentik hatinya untuk berubah kerana sedar masanya semakin suntuk untuk bersama insan kesayangannya itu.

ARTIKEL MENARIK:Did4kwa Ada Hubungan Istimewa Dengan Ruhainies, Akhirnya Zul Ariffin Dedahkan Sesuatu Buat Ramai Tak Sangka


“Ibu saya datang melawat dengan bertongkat kerana keadaannya yang sudah tidak berapa kuat berjalan. Apabila saya tatap wajah ibu ketika itu, terus buat saya tersedar. Ketika itulah saya kata, inilah masanya, full stop!

“Saya berada dekat ‘dalam’ (penjara), takut apa-apa terjadi kepada ibu di luar. Ada juga kawan-kawan tidak sempat melihat ibu bapa yang meninggal dunia disebabkan masih dipenjara,” katanya.

Fuad sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan d4dah sebanyak tiga kali dan mula terjebak dengan bahan terlarang tersebut sejak berusia 18 tahun.

Menceritakan detik berada di sebalik tirai besi, Fuad berkata, ia telah mendorongnya untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.

Ketika itu juga kata penyanyi berasal dari Singapura itu, dia mula menjaga solat selain tekun mendalami ilmu agama menerusi kelas yang diadakan di dalam penjara.


“Mereka yang berada dalam penjara tidak semuanya berfikiran negatif dan enggan berubah. Ada yang rajin belajar agama sebab kami ada kelas ilmu ketika menjalani hukuman.




“Saya banyak bergaul dengan mereka dalam kelas agama dan cenderung untuk berubah. Alhamdulillah selepas kali ketiga dalam penjara saya bertemu dengan kawan-kawan yang mahu berubah.

“Saya sentiasa menjaga solat. Walau apa pun masalah yang datang, saya akan ingat Allah. Itu yang membuatkan saya lupa benda-benda lama,” ujarnya.

Pada persembahan minggu keempat yang bertemakan kerohanian dan kemanusian, Fuad dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menyampaikan lagu berjudul Layang-Layang Terputus Talinya.

Disebabkan emosi dalam diri ketika berada di atas pentas, dia juga dilihat sedikit ‘goyang’ saat awal memulakan persembahan.

Walaupun menunjukkan prestasi baik sepanjang bersaing di pentas GV9, Fuad terpaksa berpuas hati di kedudukan kelapan pada malam Ahad dengan jumlah markah juri 65 peratus. Sumber : mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post