PENGACARA dan pelakon Sherry Alhadad memberitahu dia diberi tempoh selama tiga tahun oleh doktor untuk menjaga kesihatannya atau dia berhadapan dengan risiko pelbagai penyak1t berbahaya.
Atas kesedaran itu, Sherry berkata, dia mula mengubah gaya hidupnya dan mula melakukan senaman.
ARTIKEL MENARIK:Tiga kali keluar masuk penjara, Fuad Rahman nekad berubah lepas lihat keadaan ibu
“Sebelum ini saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan doktor selalu cakap saya ada tiga tahun sahaja untuk jaga kesihatan.
“Bukan untuk mat1… tapi untuk mengelak daripada sebarang penyak1t.”
Sherry tidak terfikir untuk melakukan pembedahan bariatrik atau memotong usus sebagai jalan pintas untuk menurunkan berat badan, sebaliknya dia lebih percaya dengan ‘jalan jauh’ untuk kurus.
Sherry berkata, itu tidak bermakna dia mengata atau menghakimi mana-mana pihak, tetapi sekadar pendapat peribadi selain dia sendiri amalkannya.
Menurut Sherry, dengan melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan sihat, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 16 hingga 18 kilogram dalam tempoh tiga bulan.
“Ia bukan jalan pintas kerana saya berkongsi rutin senaman dan menu makanan di Instagram. Bukan apa, takut nanti orang kata riak pula dapat turun berat badan. Cuma saya berharap perkongsian ini dapat membakar semangat mereka yang berbadan besar untuk kekal sihat.
“Mengenai potong usus pula, saya percaya Allah SWT memberikan kita usus panjang itu bersebab, jadi buat masa ini saya menggunakan alternatif lain. Mungkin itu adalah alternatif terakhir saya kerana belum terfikir lagi.
“Saya tidak pernah dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama dan sebagainya, jadi saya takut untuk menggunakan kaedah pembedahan bariatrik itu. Malah, saya percaya pada proses. Dulu selepas putus cinta cepat juga saya berjaya turunkan berat badan, namun bila gembira saya makan semula,” katanya.
Dalam pada itu, Sherry kata, proses peralihan yang dialaminya bukan mudah terutamanya terpaksa melupakan semua makanan kegemarannya.
Selain itu, dia turut memastikan dia meluangkan masa di pusat kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
“Selama tiga bulan ini saya memang menjaga permakanan. Setiap hari saya hanya makan set makanan sihat.
“Tapi saya tetapkan hari Ahad sebagai ‘cheat day’. Jadi, hari itu saya boleh makan apa sahaja yang teringin tetapi bukanlah secara melampau.
“Tambahan pula, saya ada pergi ke pusat kecergasan untuk bersenam dalam tiga kali seminggu. Saya akan pilih hari yang tak sibuk,” ujarnya.
Sumber : mStar, BH Online
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment