Permohonan jadi pemerhati PRU15 dibuka bermula hari ini: SPR

KUALA LUMPUR, 14 Rabiulawal 1444H, Selasa – Permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuka bermula hari ini dan akan ditutup pada 21 Oktober ini.

Permohonan jadi pemerhati PRU15 dibuka bermula hari ini: SPR



Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

ARTIKEL MENARIK:Selepas PM Mengadap YDP Agong, Ini Komen PMO Tentang Tarikh Bubar Parlimen, Boleh Buat Zahid Terkedu


“Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses-proses pilihan raya seperti proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi serta penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.

“SPR mengingatkan mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mereka yang ingin memohon boleh melayari portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan.




Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Dengan pengumuman itu, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan. – Bernama


Kredit -Portal Islam dan Melayu


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post