Hanya Kerana Bercakap Jujur, Guru Ini Bakal Dibuang Kerja. Rupanya Ini Yg Dia Tulis Sampai Menteri Pelajaran Ajak Jumpa

Seorang guru yang sering berkongsi ilmu dan hal-hal mengenai sekolah/pendidikan, hari ini menerima surat tindakan tatatertib dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya kerana dia mengeluarkan beberapa kenyataan yang dianggap telah melanggar tatakelakuan dan memboleh dia dikenakan tindakan tatatertib sama ada dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Hanya Kerana Bercakap Jujur, Guru Ini Bakal Dibuang Kerja. Rupanya Ini Yg Dia Tulis Sampai Menteri Pelajaran Ajak Jumpa



Berdasarkan gambar, surat itu dikeluarkan pada 22 September lalu yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Tataterib menjelaskan Mohd Fadli Salleh sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, patut dikenakan tindakan tatatertib atas tiga pertuduhan.

ARTIKEL MENARIK:Pu Azman akhirnya didαkwa, kes yg dia terlibat buat ramai terkejut


Bagi pertuduhan pertama, Mohd Fadli telah membuat hantaran di media sosial pada 26 November 2021 berhubung jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.

“Nahhhh. 15 subjek mereka belajar. Maka tak hairan beg murid penuh dengan buku. Dah la silibus setiap satu melangit tinggi sampai murid nak faham pun susah, cikgu nak memberi faham pun berpeluh.”

Untuk pertuduhan kedua, Mohd Fadli telah memuat naik hantaran di platform yang sama pada 30 November 2021 mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun 1 di sekolah rendah.

“Budak umur 7 tahun dah nak disumbat macam-macam ilmu yang tinggi dan padat. Lepas tu asyik tanya kenapa anak-anak tak suka ke sekolah.

“Dah silibus korang buat macam nak suruh budak tu jadi sasterawan negara terus bila tamat sekolah rendah.

“Kesian anak-anak kita. Mereka macam tikus makmal dan diperlaku bagai robot tiada perasaan untuk puaskan hati orang atasan dan agar KPI orang di kayangan tercapai”.

Pertuduhan ketiga, Mohd Fadli pada 29 November 2021 dalam sesi Facebook live mengatakan banyak silibus mengarut diajar di sekolah.

“Banyak silibus yang mengarut pada saya memang mengarut silibus syok sendiri.”

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Mohd Fadli ditafsirkan telah melanggar Peraturan 19(1)(c) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan kini memberi tempoh selama 21 hari kepada Mohd Fadli untuk mengemukakan representasinya dan jika gagal berbuat demikian, Mohd Fadli dianggap tidak mahu membela diri dan tindakan akan dikenakan berdasarkan keterangan yang sedia ada.


Bagaimanapun, Mohd Fadli meluahkan rasa kesalnya dan menjelaskan tindakan yang bakal dikenakan terhadap dirinya itu adalah tidak masuk akal. Sedangkan dia bukanlah kakitangan yang bermasalah, apatah lagi prestasi tahunannya sentiasa melebihi 90 peratus.

“Jadi soalnya kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran? Mereka tak boleh dengar kebenaran, mereka tak boleh dengar luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek dan puji-puja sahaja.

“Saya berkata jujur tetang apa sampai nak kena buang kerja tu? Saya bercakap tentang beg berat bahaya pada anak-anak kita, silibus tinggi dan padat (syok sendiri), bilangan murid yang ramai dalam kelas, subjek yang banyak murid belajar, masa belajar untuk subjek terasa terutamanya matematik tidak mencukupi dan ada ‘Little Napolean’ dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak,” katanya.

Ni silibus Tahun 1. Ya, Tahun 1. Hanya penipu yang buta hati sanggup kata silibus seperti ini sesuai dengan murid Tahun 1. Hanya pengampu, pembodek sahaja sanggup kata begitu. Apa macam ni punya payah dikatakan okey? Bongok! – Mohd Fadli Salleh

Anak-anak yang bawa beg berat sebeginilah yang saya perjuangkan nasib mereka. – Mohd Fadli Salleh

Difahamkan, Mohd Fadli sudah pernah membuat aduan mengenai perkara-perkara itu melalui saluran yang betul. Malangnya tiada sebarang perubahan, malah semakin menyusahkan.

Dalam masa sama, Mohd Fadli menegaskan dia sanggup mengambil risiko untuk membawa kes itu ke mahkamah bagi mempertahankan tindakannya selama ini yang disifatkan mewakili golongan warga pendidik lain selama ini tidak berani tampil bersuara mengenai masalah sistem penddikan negara.

“Saya ambil risiko dibuang kerja, saya korek tabung simpanan hire lawyer nak fight kes ini sampai akhir. Jika ditakdirkan kes saya ini kalah di mahkamah, saya akan buat rayuan di mahkamah tinggi untuk fight lagi.

“Buat ‘Little Napolean’ dan dinosaur kat atas sana, saya pesanku. Penjinak singa hanya mampu membuatkan singa patuh dengan kayu tas dan rotannya. Namun sebaik-baik singa tidak lagi takut akan rotan dan kayu tas itu, penjinaklah harus takut akan singa,” katanya.




Radzi Jidin ajak Cikgu Mohd Fadli berjumpa

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengajak guru yang mendakwa berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan masalah yang dialami murid termasuk isu beg berat.

Mohd Radzi menerusi Facebook beliau pada Ahad berkata, beliau berharap dapat bertemu dengan guru terbabit, Mohd Fadli Mohamed Salleh.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh.

“Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya.

Sinar Harian terdahulu melaporkan Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melibatkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Mohd Fadli dalam menerusi Facebooknya berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana beliau tidak pernah terlibat dalam sebarang masalah disiplin atau menghadapi masalah dengan ibu bapa murid.

Malah, Mohd Fadli turut berkongsi gambar surat bertarikh 22 September lalu yang menyatakan bahawa beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib buang kerja atau turun pangkat kerana berdepan tiga pertuduhan.

Posting Cikgu Fadli yang tular di sosial media. Mendapat 56 ribu perkongsian selepas 10 jam di muat naik

Pertuduhan itu ialah kerana memuat naik hantaran di platform media sosial Facebook mengenai jadual waktu serta mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.

Beliau juga dituduh memuat naik hantaran di Facebook mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun Satu dan menerusi pertuduhan ketiga, beliau didakwa mengadakan sesi Facebook Live untuk bercakap mengenai masalah pendidikan di Malaysia khususnya subjek yang terlalu banyak menggunakan Facebook.

Mengikut surat itu, bagi ketiga-ketiga perbuatan berkenaan, Mohd Fadli boleh ditafsirkan telah melanggar Peraturan 19(1)(c), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau diminta membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri daripada kesemua pertuduhan itu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat tersebut.

“InsyaAllah one fine day kita akan jumpa”-Cikgu Fadli

Dalam masa yang sama Cikgu Fadli juga menyatakan kesediaan yang sama untuk bertemu mata dengan menteri pelajaran biar pun agak terkilan kerana kritikan beliau sebelum ini di pandang sepi

” Ramai wartawan dan rakan-rakan media cuba hubungi saya untuk temubual.

Maaf rakan-rakan media sekalian, saya masih penjawat awam. Saya tak boleh bersiaran atau mengeluarkan kenyataan pada pihak media tanpa kelulusan KPM.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin juga ada tag saya. Nak jumpa bincang isu yang saya sebut katanya.

Baru malam ni beliau respon sedangkan saya berkali-kali tag beliau sebelum ini, saya komen di post beliau, saya komen di page KPM merujuk pada beliau sejak bertahun lamanya. Tak pernah beliau respon walau sekali. Baru malam ini ada respon.

Kenapa agaknya baru malam ini? Bukan masa saya dipanggil unit integriti tahun lepas? Bukan masa saya tag dan komen pada post beliau dan post KPM berkali-kali sejak bertahun lama?

Rasanya sebab kebangkitan rakyat. Rakyat marah sebab isu ini melibatkan anak-anak mereka juga. Orang ramai marah sebab KPM nak buang kerja kerana kejujuran saya.

Kemarahan rakyat jangan dibuat main. Boleh tumbang satu negara. Boleh tumbang kerajaan kerana kebangkitan rakyat.

Rakyat dah bangkit dan bagi signal merah malam ni. Agaknya setelah melihat kebangkitan rakyat yang terlalu kuat, baru Yb terus respon nak jumpa saya.

Apa pun alasannya, tak apalah. Saya bersangka baik Yb cuba memahami denyut nadi dan luahan akar umbi. InsyaAllah one fine day kita akan jumpa.

Terima kasih kepada yang memberi sokongan. Suka saya ingatkan, saya tak ada buka apa-apa tabung. Kewangan saya masih stabil dan mampu untuk bayar kos lawyer dan mahkamah setakat hari ini. Masa depan saya tak pasti lagi.

Sebab saya masih ingat masa dipanggil ke oleh Unit Aduan JPN Selangor beberapa tahun lepas, pegawai JPN En Zul ada berkata,

“Cikgu pasang lawyer macamana pun, susah nak menang. Kerajaan ada lawyer mereka sendiri. Dan antara tektik mereka ialah melengah-lengahkan perbicaraan sampai bertahun-tahun lamanya. Sampai duit cikgu habis dan terpaksa give up”.

Itu yang beliau bagitahu saya. Dan jika teknik ini mereka guna terhadap saya sehingga saya tak mampu bayar kos guaman dan mahkamah, mungkin masa tu saya perlu bantuan kawan-kawan.

Namun untuk setakat ini, semua masih dalam kawalan.

Dan kepada ahli-ahli politik tak kira dari parti mana, jangan gunakan isu ini sebagai modal politik kalian.

Umum tahu saya tak pernah berpolitik dan tak pernah mendaftar sebagai ahli mana-mana parti politik. Nak bantu sama-sama perjuangkan, silakan. Namun nak jadikan sebagai senjata dan modal politik, saya takkan bersama kalian.

Okeh. Tu ja nak cakap. Selamat malam Malaysia.

#MFS

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post