Michael Ang Selαr Tindakan Siti Jamumall Nak Samαn Salon – “Rambut Dia Takkan Botak, Memang Kalau Bleach…”

Semalam, pengsohor dan usahawan Siti Jamumall melahirkan rasa kesal apabila rambutnya mengalami kerosakan yang teruk ketika melalui proses melunturkan (bleaching) dan mewarna rambut di sebuah salon.

Michael Ang Selαr Tindakan Siti Jamumall Nak Samαn Salon – “Rambut Dia Takkan Botak, Memang Kalau Bleach…”



Menurut Siti Jamumall, rambutnya juga melalui proses bleaching yang agak panjang, selain mendakwa dirinya akan botak dalam masa dua minggu.

ARTIKEL MENARIK:Kali Ni Nak Dedah Sisi Gelap ‘Cikgu’, Sekali Cikgu Fadli Tampil Beri Penjelasan Sampai Netizen Muak Dgn Caprice


Melihatkan pada situasi berkenaan, pengarah dan penerbit, Michael Ang ‘menegur’ dan mengkritik Siti Jamumall kerana tidak memahami proses bleaching yang sebenar.

“Kalau orang Asia, nak bleach rambut ambil masa satu hingga dua jam, bukan setengah jam seperti yang didakwa. Saya pun bleach rambut dan memang prosesnya ambil masa. Nak propa pun agak-agaklah.

“Rambut dia tak akan botak. Memang kalau bleach, rambut akan gugur banyak. Semua orang bleach rambut pasti akan alami keguguran rambut.

“Dia cuma guna alasan itu untuk korang yang tak tahu ingat rambut betul-betul gugur. Lebih-lebih rambut yang halus dan tak kuat, lagi akan gugur banyak,” katanya menerusi Instagram Live semalam.

Michael juga berkata, zaman sekarang menyaksikan ramai yang sanggup lakukan apa sahaja untuk tujuan marketing.

“Ala… sekarang marketing semua sanggup buat apa sahaja. Nampak sangat nak tunjuk satu Malaysia bodoh.

“Kau nak buat content boleh, takda siapa cakap tak boleh. Tapi buatlah content yang boleh dipercayai sikit. Janganlah buat content untuk orang kutuk. Tapi saya rasa orang Malahysia ni suka buat content untuk orang kutuk. Sebab lagi kutuk lagi famous.




“Macam Lesti Kejora dan Rizky Billar tu… saya rasa content je,” ujar Michael lagi.

Dalam pada itu, Michael turut mencadangkan salon rambut yang sering dituju kepada Siti Jamumall.

“Kalau saya nak bleach rambut, takda maknanya saya ada masa nak buat live. Saya akan menggelabah. Takda masa nak nangis-nangis lagi

“Kata banyak duit, pergilah salon rambut saya di Pavilion. Bleaching, coloring, cut dekat RM3,000,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : gempak.com


Kredit -Slamber Media


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post