PERSONALITI media sosial, Kasih Iris Leona berkongsi rasa teruja berjaya menggoreng telur tanpa bantuan sesiapa.
Mengakui tidak tahu menggoreng telur, Leona, 20, berkata dia menonton video tutorial terlebih dahlu sebelum menyediakan hidangan itu.
ARTIKEL MENARIK:Adik Arwh Dedah Doa Yg Arwh Amalkn Supaye Kalis Ap1.? Yg Boleh Jadi Panduan Kita Semua.
“Saya harap ia berjaya, saya sudah membeli sepapan telur dan akan menikmatinya bersama roti bakar,” katanya.
Kasih Leona berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Dalam rakaman tersebut, Leona menunjukkan reaksi teruja apabila berjaya memecahkan telur dikuali dan menikmati hidangan tersebut.
Leona kini berada di UK untuk melanjutkan pelajaran.
Dalam pada itu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini juga kelihatan seperti teragak-agak untuk memasak dan menunjukkan reaksi bimbang melihat telur berkenaan ‘meletup’ dalam kuali.
Malah, dia sempat berseloroh menggelarkan dirinya sebagai seorang chef.
Sementara itu, rata-rata netizen memberikan komen sokongan terhadap Leona serta memberitahu selepas ini pasti dia akan lebih pandai memasak.
“Lepas ini Leona boleh cuba masak benda lain pula. Paling penting kamu semangat nak belajar.
“Tak mengapa Leona, good job! Ada bagusnya duduk di perantauan sebenarnya. Belajar kemahiran baharu dan berdikari.
“Saya pasti selepas ini Leona akan pandai memasak bila dia habis belajar nanti sebab dia akan lebih banyak memasak selepas ini,” tulis netizen.
Ramai netizen memberi semangat buat Leona untuk terus belajar memasak.
Untuk info, Leona kini sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di sebuah universiti di United Kingdom.
Menurut bapanya, ini merupakan waktu terbaik bagi anaknya berhijrah menuntut ilmu di luar negara dan berubah menjadi individu yang lebih baik selepas ini.
VIDEO PENUH
Sumber : MSTAR ONLINE
Kredit -
Post a Comment