Kereta yang dipandu terb4bas & terbalik, Tunku abu bakar terselamat dalam kemal4ngan di gt australia

Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dilaporkan terlibat dalam kemal4ngan semasa pusingan kelayakan GT World Challenge Australia apabila kereta yang dipandunya terb4bas lalu terbalik di litar Mount Panorama, Bathurst, New South Wales, Australia, semalam.

Kereta yang dipandu terb4bas & terbalik, Tunku abu bakar terselamat dalam kemal4ngan di gt australia



Tunku Putera Johor terselamat dalam kemal4ngan


ARTIKEL MENARIK:‘Anak Yatim Piatu Sekelip Mata’ Selepas 5 Bulan Suami Pergi, Ziera Pula Menyusul ‘Nahas’ Di Wakaf Tengah




Menerusi hantaran di Facebook rasmi milik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda memaklumkan bahawa Tunku Abu Bakar terlibat dalam kemal4ngan, namun tidak mengalami sebarang keceder4an serta menzahirkan rasa syukur.

Saya bersyukur Tunku Putera tidak ceder4. Pastinya tengah terkejut, tetapi dia ok. Saya memberitahunya untuk terus kuatkan semangat, teruskan usaha dan harumkan nama Johor.

Dia hampir melayakkan diri di tempat ketiga untuk perlumbaan esok, dan ia adalah penampilan pertama Tunku Abu Bakar di litar itu. Dia dan Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman menunjukkan potensi serta persembahan yang baik.

Baginda turut bertitah, Tunku Abu Bakar hilang kawalan ketika melalui bahagian McPhillamy Park litar pada kelajuan lebih 200 kilometer sejam lalu terbabas ke penghadang tayar sebelum kereta jenis Mercedez Benz GT3 yang dipandu olehnya terbalik.

Orang ramai menarik nafas lega sejurus melihat YAM Tunku Abu Bakar berjaya mengeluarkan diri dari kereta dan menunjukkan tanda ‘peace’ kepada penonton sebelum menaiki kenderaan kakitangan litar dan perubatan.




Terpaksa tarik diri


Disebabkan ins1den serta kerosakan yang dialami, putera bongsu baginda dan rakan pasukan, Jamie Whincup terpaksa menarik diri daripada bersaing dalam perlumbaan ‘endurance’ tiga jam pada hari ini.

Manakala, Tunku Abdul Rahman dan rakan sepasukannya, Broc Feeney akan meneruskan cabaran JMR Triple Eight Race Engineering yang bermula dari petak kedua grid.

Sumber :  Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://ohbulan.com/


Kredit -Sinar Viral


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم