Penyanyi Hazama memilih untuk tidak menyampaikan single duetnya bersama Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin, Terakhir Buat Teman dalam mana-mana acara persembahan.
Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 37, tidak menyangka seorang demi seorang karyawan yang terbabit dalam proses pembikinan lagu itu meningg4l dunia.
ARTIKEL MENARIK:Irfan Haris muat naik gambar terima anugerah pelajar terbaik, Irfan Haris bersyukur dapat pensyarah yang memahami kerjaya seninya
Single Terakhir Buat Teman dicipta oleh pengarah muzik, Lok U bersama dengan gitaris Aji dan liriknya pula hasil nukilan Iman Imran.
Lagu tersebut sebenarnya diciptakan untuk ditujukan kepada pemain bass terkenal, Allahy4rham Kelly atau nama sebenarnya, Wan Kelly Abdul Rahman yang terlebih dahulu meningg4l dunia pada 4 Mei 2019.
Belum sempat lagu tersebut disiapkan, Aji atau nama sebenarnya Fauzi Samin pula meningg4l dunia kira-kira empat bulan selepas itu iaitu pada 5 September 2019.
Lok U atau nama sebenarnya, Faizal Uzir pula meningg4l dunia kira-kira lima bulan selepas itu iaitu pada 22 Januari 2020.
Ingin meneruskan niat baik Lok U dan Aji, lagu yang menampilkan gandingan duet antara Hazama dan Sarah itu berjaya disiapkan dan menemui peminat pada Disember 2020.
Lapan bulan berselang, Sarah kembali ke rahm4tullah pada 9 Ogos 2021 dan penulis lirik merangkap wartawan terkenal, Iman Imran atau nama sebenarnya Rudy Imran Shamsuddin meningg4l dunia pada 31 Mac lepas.
“Sebenarnya, dah lama sangat saya tak menyanyi lagu itu. Kali terakhir adalah ketika mempromosikan single terbabit bersama arw4h Sarah dalam program Malaysia Hari Ini selepas lagu itu dilancarkan.
“Sebagai seorang karyawan yang menyampaikan lagu itu, saya bertanggungjawab ke atas naskhah terbabit. Jika ada permintaan untuk saya menyampaikan lagu tersebut secara solo atau berduet, saya sedia menyampaikannya.
“Kalau hendak menyanyi secara saja-saja, kalua boleh saya akan menolak dengan baik. Malah, jika ada konsert atau persembahan, single itu saya ketepikan daripada senarai lagu.
“Nak dijadikan cerita, sebenarnya, saya dan Sarah pernah meminta arw4h Rudy Imran untuk mengubah judul asal dan beberapa perkataan.
“Semasa mendapat naskhah ini, saya menelitinya bersama Sarah dan kami akui, lagu ini terlalu berat. Ada bahagian lirik di mana saya dan Sarah mohon diubah agar lebih lembut dan berlapik.
“Saya masih ingat, arwah Rudy enggan mengubahnya kerana ini adalah karya yang sudah dia tulis untuk didedikasikan kepada rakan-rakan yang telah pergi.
“Sebagai penyanyi, saya horm4ti arwah Rudy. Arw4h beritahu apa yang tertulis, tidak boleh diubah,” katanya.
Dedah Hazama, tajuk lagu terbabit dapat diubah selepas melalui proses perbincangan.
“Akhirnya kami dapat mengubah tajuk lagu ini. Sebenarnya, judul asalnya adalah Nota Terakhir dan kami ubah kepada Terakhir Buat Teman.
“Sehingga kini, hampir setahun pemergian Sarah, saya masih lagi sedih setiap kali mengenang kembali momen saya bekerjasama dengan dia.
“Banyak situasi yang kami lalui membuatkan saya rasa bersalah. Kami ada kalanya bergurau pelbagai perkara, di mana ketika itu, ia dilihat biasa. Apatah lagi, ketika itu, arwah sedang ham1l anak keempat. Tak sangka pula dia pergi dahulu meningg4lkan kita semua,” katanya.
VIDEO :
Sumber/ Kredit :xtra
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://bartasangbad.site/
Kredit -Slamber Media
إرسال تعليق