Asyraf Wajdi Beritahu Satu Dokumen Akan Didedah Selepas Kabinet Dibentuk. Dia Beritahu Dokumen Tu Pasal Apa

KUALA LUMPUR – Terdapat perjanjian yang dimeterai bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) menyokong Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Asyraf Wajdi Beritahu Satu Dokumen Akan Didedah Selepas Kabinet Dibentuk. Dia Beritahu Dokumen Tu Pasal Apa



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan bahasa adalah intipati syarat kerjasama kedua-dua parti.

ARTIKEL MENARIK:“‘Klept0krat’ diangkat”- Ini Reaksi Padu Muhyddin Tentang Kabinet Anwar


Perkara itu terkandung dalam Dokumen Perjanjian Kerjasama Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Menurut beliau, dokumen perjanjian itudalah penting supaya pemimpin parti terbabit tidak melanggar syarat penting yang terkandung dalam dokumen tersebut.

“Yang dijadikan syarat utama BN kepada PH ialah untuk memastikan mengambil langkah yang perlu supaya dasar, program, pendirian, perlakuan dan pembawaan kerajaan termasuk wakil parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan menjunjung peruntukan-peruntukan Perlembagaan.

“Berhubung kedudukan Islam, Melayu/Bumputra, Raja-raja Melayu, bahasa Melayu agar tidak dilihat mengguris atau melanggar soal-soal kepentingan Islam, Melayu/Bumiputra sertai institusi- institusi berkaitan,” katanya.

Menurut Asyraf Wadji, perjanjian itu akan didedahkan kepada umum selepas Kabinet yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terbentuk.




Beliau menegaskan dokumen itu tidak akan disembunyikan atau menjadi satu perjanjian sulit antara kedua-dua parti.

“Insya-Allah Dokumen Perjanjian ini akan dijadikan dokumen untuk tatapan umum selepas pembentukan kabinet.

“Bukan seperti perjanjian-perjanjian sulit sebelum ini yang mencetuskan keresahan banyak pihak,” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan barisan anggota Kabinet pada pukul 8.15 malam ini.

Jemaah menteri terdiri daripada parti-parti yang bergabung iaitu PH, BN dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.-MalaysiaGazette


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم