Banjir: Adik hilang tiga kakak kesayangan dalam sekelip mata

TUMPAT – Adik lelaki kepada tiga wanita yang maut selepas mereka terkena renjatan elektrik berhampiran rumahnya di Kampung Morak di sini hari ini tidak menyangka akan kehilangan tiga orang kakak dalam sekelip mata.

Banjir: Adik hilang tiga kakak kesayangan dalam sekelip mata



Mohd. Amin Mohd. Nadzir, 23, berkata, kejadian yang menimpa tiga kakaknya, Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29, dan Norfatihah,27, berlaku dalam masa singkat.

ARTIKEL MENARIK:SAR Berdepan Keadaan Sukar, Tanah Lembik & Lecak Setebal 16 Meter


Menurutnya, sebelum kejadian, dia melihat tiga kakaknya itu berada di luar rumah untuk melihat keadaan banjir yang berlaku kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

“Selepas itu, saya pulang ke rumah dan sempat melihat salah seorang daripada mereka kelihatan seperti tergelincir semasa berada berhampiran tiang garaj berhampiran rumah kami.


Anggota polis dan penduduk kampung mengangkat mayat salah seorang mangsa untuk dibawa ke Hospital Tumpat hari ini. IHSAN PENDUDUK



“Kemudian, saya lihat dua lagi kakak rebah di dalam takungan air banjir di kawasan itu. Saya bergegas lari untuk menyelamatkan mereka, namun dihalang jiran-jiran yang mengesyaki ada arus elektik,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Tumpat di sini hari ini.

Menurut Mohd. Amin, ketika kejadian, ibunya, Zainun Sulaiman, 62, sedang tidur selepas menunaikan solat dhuha sebelum dia dikejutkan dengan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, dia amat sedih apabila kehilangan ketiga-tiga kakaknya kerana amat rapat dengan mereka.

“Nurul Syazwani dan Sakinah merupakan guru tadika. Ketiadaan mereka merupakan kehilangan besar buat kami sekeluarga.

“Bagaimanapun, kami tetap reda dengan pemergian mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post