SAR Berdepan Keadaan Sukar, Tanah Lembik & Lecak Setebal 16 Meter

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali berdepan keadaan sukar ekoran situasi semasa kawasan tapak bencana di sana.

SAR Berdepan Keadaan Sukar, Tanah Lembik & Lecak Setebal 16 Meter



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pasukan penyelamat berdepan keadaan sukar berikutan tanah lembik dan lecak yang berkedalaman kira-kira 16 meter.

ARTIKEL MENARIK:Runtuhan Tanah Batang Kali Libatkan 450,000 Meter Padu Tanah


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti lima daripada tujuh pemilik kenderaan di lokasi insiden tanah runtuh berkenaan.

“Kesemua 24 mayat mangsa korban insiden tanah runtuh di Batang Kali telah dituntut oleh waris, keluarga.

“Semua pihak diminta tidak tularkan video, gambar yang boleh aibkan mangsa,” katanya.



#TanahRuntuh : Pasukan penyelamat berdepan keadaan sukar berikutan tanah lembik, lecak, berkedalaman kira-kira 16 meter – Bomba pic.twitter.com/GeahytzU3L

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 19, 2022

Sumber: BERNAMA


Kredit -Siakap Keli.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post