Bekas Suami Lufya Kini Milik Julia Farhana

Bekas suami kepada pelakon Lufya Omar, Dr Che Hafiz telah menamatkan status dudanya apabila selamat diijabkabul dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember lalu.

Bekas Suami Lufya Kini Milik Julia Farhana



Umum Hari Ini


ARTIKEL MENARIK:Emma Maembong Ada Niat Bertudung Semula – “Takkan Saya Nak Macam Ni Sampai Tua”


Hafiz dan Julia berkongsi beberapa foto sekitar majlis pernikahan mereka hari ini di Instagram beserta pemberitahuan.

Menurut Hafiz, majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota itu diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak.

“Assalamualaikum WBT buat semua, Alhamdulillah sesi Akad Nikah (Ijab Kabul) saya dan juga isteri @juliafarhanamarin telah selesai dan berjalan dengan lancar.

“Di sini, saya ingin memohon maaf kerana tidak memberi sebarang jemputan di atas sebab sesi akad nikah ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak.

“Saya juga memohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatan-Nya hingga ke Jannah,” tulis Hafiz.




Menjengah ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata warganet, tidak ketinggalan rakan-rakan industri hiburan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu.

Julia Turut Mohon Maaf

Sementara di Instagram Julia, dia dilihat memohon maaf kerana tidak mengundang rakan-rakan dan pihak media ke majlis ijab kabul mereka.

Terdahulu, Hafiz dan Julia, keduanya mengunci mulut apabila dikatakan menjalin hubungan cinta.

Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama Lufya pada November 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berusia 5 tahun.

Namun, rumah tangga yang dibina mereka menemui titik noktah apabila bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada 17 Jun 2020.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم