Jalan Batang Kali-Genting Highlands tutup setahun

KUALA LUMPUR – Laluan Batang Kali-Genting Highlands dijangka ditutup sehingga penghujung tahun depan berikutan kerja-kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh mengambil masa setahun.

Jalan Batang Kali-Genting Highlands tutup setahun



Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, dalam tempoh itu, pengguna diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR).

ARTIKEL MENARIK:Banjir: Adik hilang tiga kakak kesayangan dalam sekelip mata


“Jalan Batang Kali – Getting Highlands masih ditutup hingga pembaikan cerun dilakukan dan ia bakal siap dalam masa setahun bergantung kepada peruntukan,” katanya selepas Majlis Perasmian Hari Frosesion Teknikal Negara (HTPN) di sini hari ini.

Insiden tanah runtuh di jalan Batang Kali- Getting Highlands yang turut menarapkan sebahagian tapak perkhemahan Father’s of Organics pada Jumaat lalu mengakibatkan 24 mangsa maut manakala sembilan lagi masih hilang.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi dan operasi mencari Dan menyelamat memasuki hari kelima hari ini.




Wan Ahmad Uzir berkata, pembinaan jalan di kawasan itu tidak menyebabkan berlakunya runtuhan, sebaliknya insiden berkenaan disebabkan faktor semula jadi kerana adanya aliran air bawah tanah.

Sementara itu, jelasnya, kementerian telah mengenal pasti 1,045 cerun yang berada di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung dalam kategori berisiko tinggi untuk runtuh. – KOSMO! ONLINE.


Kredit -Kosmo Digital


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post