Kapal Tentera Laut Thailand Karam: Pasukan Penyelamat Temui Mayat Enam Kelasi

Pasukan penyelamat Thailand telah menemui enam mayat anak kapal dan seorang yang terselamat dalam tragedi kapal perang Thailand karam di pantai tenggara negara itu pada Ahad.

Kapal Tentera Laut Thailand Karam: Pasukan Penyelamat Temui Mayat Enam Kelasi



Menurut BBC, kesemua anak kapal tersebut ditemui pada hari Selasa semalam ketika pasukan tentera menyelusuri perairan di Teluk Thailand untuk misi mencari dan menyelamat (SAR).

ARTIKEL MENARIK:Bandar terapung ‘ikan pari’ boleh belayar di lautan


Bagaimanapun, pencarian itu akan diteruskan untuk mencari 23 kelasi lagi yang masih hilang. Malah, sumber tentera laut mengatakan 76 kelasi tersebut diselamatkan secara keseluruhan.

Sebelum ini, kapal perang His Thai Majesty’s Ship (HTMS) Sukhothai dilaporkan terbalik dan karam pada malam Ahad yang mengakibatkan 105 anak kapal terperangkap dalam angin ribut.

Sehubungan itu, tentera laut dan udara Thai telah menghabiskan masa selama dua hari untuk mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang.

Malah turut ada bantuan ratusan pegawai di empat kapal tentera laut serta beberapa helikopter dan dron dikerahkan untuk ‘mengimbas’ kawasan laut seluas 50 kilometer persegi (30 batu persegi).

Sementara itu, Ketua Tentera Laut, Admiral Chonlathis Navanugraha berkata, “Mangsa terbaharu ditemui 41 jam selepas kapal itu karam dan dipercayai masih hidup. Jadi, kami percaya ada yang di luar sana masih hidup, kami akan terus mencari,”

kapal

Kredit: Bangkok Post

Bagaimanapun, seorang komander tentera laut sebelum ini mencadangkan kru pencari mempunyai ‘two-day window‘ untuk mencari sesiapa yang masih hidup ekoran daripada masa yang mereka habiskan di laut.

Malah, beberapa kelasi telah ditemui dalam keadaan letih dan tidak sedarkan diri dalam beberapa kes sebelumnya. Tidak semua daripada mereka (kelasi) yang hilang memakai jaket keselamatan.

Kapten Krapich Korawee-Paparwit dari HTMS Kraburi berkata, “Kami mendapati lelaki (kelasi yang dijumpai) ini memegang pelampung, dia terapung di dalam air selama 10 jam,”

Tambahnya lagi, lelaki itu masih sedar, mengalami luka kecil di kepala dan matanya pedih kerana air laut. Mangsa kemudian dibaluti selimut dan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Dalam kesempatan itu, pegawai tentera laut menyemak semula jumlah anak kapal kerana bilangan sebelumnya adalah seramai 106 orang, tetapi apabila dikemas kini pada Selasa, jumlah sebenarnya adalah 105.





kapal

Kredit: BBC

Difahamkan, HTMS Sukhothai, korvet sepanjang 76m itu telah berada pada hari kedua rutin rondaan sebelum ia dilaporkan karam. Malah, tentera laut mengatakan air membanjiri badan kapal dan seterusnya ke bilik elektrik yang menyebabkan bekalan kuasa terputus.

Disebabkan itu, maklumat kecemasan segera dihantar dan dimaklumkan untuk bantuan, namun hanya frigat HTMS Kraburi yang tiba di tempat kejadian sebelum ia betul-betul karam, kira-kira 32km (20 batu) timur Bang Saphan di wilayah Prachuap Khiri Khan.

Bagaimanapun, menurut BBC punca kejadian yang menyebabkan kapal tersebut banjir dan tindakan kelasi terpaksa terjun ke dalam air masih belum diketahui.

kapal

Kredit: BBC

Dalam sisi lain, tentera laut Thailand menyifatkan bahawa ia adalah kehilangan kali pertama sebuah kapal dalam keadaan sedemikian, sehubungan itu siasatan masih lagi dijalankan.

Profesor di Universiti Nasional Australia, Pakar Undang-Undang Tentera Lut, David Letts berkata, “Ia benar-benar luar biasa. Terdapat langkah untuk mengelakkan banjir di unit pusat seperti bilik enjin.

“Kapal itu dibahagikan kepada ruang empat segi dan harus ada satu siri pintu kedap air yang bermula geladak di atasnya supaya air laut tidak turun ke dalam kapal itu sendiri,”

Memetik BBC, mengenai bencana melanda pada waktu malam, ia bermakna kemungkinan ramai kelasi tidur sehingga menyebabkan keadaan huru-hara yang menyebabkan perubahan protokol seperti membawa anak kapal ke geladak atas atau melepaskan rakit penyelamat.

Untuk rekod Institut Tentera Luat US, kapal perang itu telah ditauliahkan pada 1987 dan dibina di US oleh syarikat pembinaan kapal tempatan.

Sumber: BBC


Kredit -Siakap Keli.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post