“Kerass Sangatt”-Menjerit Beri Komen Kat peserta, Sheila Rusly Dikec4m Bi4dab

GARA-GARA potongan ayam tidak sekata selain masakan terlalu lama, seorang peserta sebuah program masakan menerima komen pedas daripada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly.

“Kerass Sangatt”-Menjerit Beri Komen Kat peserta, Sheila Rusly Dikec4m Bi4dab



Orang kuat JS Pictures itu menjadi juri tetap bagi program yang dinamakan Dapur Tempur siaran sebuah stesen televisyen.

ARTIKEL MENARIK:“Tak nak tukar dengan saya,”- Gurauan Tok Kadi buat Safawi & Syifa Melvin tular ditonton 2 juta kali


Menjadi bualan apabila aktres berusia 51 tahun itu menjerit dalam nada pekikan ketika memberi komen kepada peserta itu.

Perbuatan tersebut sekali gus mengundang kecaman netizen yang melabel Sheila sebagai biadab, tidak profesional dan beremosi.

“Ini apa, ini apa, ini apa? Keras sangat!” komen Sheila dengan nada jeritan sambil menolak ketulan ayam di atas pinggan sambil tersenyum sinis.

Maka kata netizen, kredibilitinya juga boleh dipertikaikan kerana dia bukan cef profesional.

Terkejut tengok gelagat Sheila sebab agak panjang juga jeritannya itu.

“Kalau nak potong kena sama saiz, ini apa”

RATA-RATA WARGA MAYA MENGANGGAP CARA MEMBERIKAN TEGURAN AGAK KASAR HINGGA MENJATUHKAN AIR MUKA PESERTA.




Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya mengecam. Malah ramai menegaskan Sheila tidak sepatutnya menegur peserta dengan cara sebegitu.

Ramai di antara peserta program tidak mempunyai latar belakang dalam bidang masakan mahupun tukang masak profesional. Maka sewajarnya mereka diberi tunjuk ajar dan bimbingan, bukan komen yang menjatuhkan.

Baca juga: ‘Mertua yang awesome, inspirasi untuk semua.’ Tutup pantang 44 hari, Sheila Rusly layan selera menantu teringin mi kari

Berikut antara komen-komen warga maya:

– “Seseorang itu akan melakukan apa sahaja untuk mencipta drama atau menjadi tular. Jelas sekali, rancangan tersebut bukan pertandingan memasak profesional dan dia juga bukan seorang cef profesional, jadi keperluan untuk tidak menghormati orang seperti ini, bagi saya, adalah tidak wajar.”

– “Kenapa perlu marah macam itu. Sepatutnya beri komen dengan tenang, “ayam sepatutnya perlu potong ikut saiz dan jangan masak lama sangat nanti keras” janganlah marah begitu. Tidak sesuai untuk rancangan begini hendak menjerit dan marah-marah.”

– “Lebih suka Masterchef Australia. Beri komen penuh etika dan adab.”

– “Allahuakbar…. Hilang budi bahasa kita. Tak salah untuk mengkritik tapi biarlah beretika.”

Tetapi apabila difikirkan balik mungkin semua ini gimik untuk mendapatkan rating tinggi.

Mungkin pelakon yang sudah bergelar nenek itu bukan sengaja bersikap kasar, cuma berlakon buat-buat garang. Iyalah, jadi juri kan. Betul ke tidak?


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم