Pasukan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seramai 37 mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali berjaya diselamatkan setakat ini.
Menurut laporan Astro Awani, tapak perkhemahan tersebut terletak berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.
ARTIKEL MENARIK:“Opah ToIong Jaga Kakak & Abang Boleh?” Luahan Anak Yatim Kehilangan Ayah, Ibu Dan Adik Ini Undang Sebak
Dalam laporan awal pihak Bomba Selangor, terdapat seramai 100 orang individu termasuk kanak-kanak berada di lokasi tapak perkhemahan tersebut ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.
Pengarah JBPM Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.24 pagi sebelum segera menggerakkan anggota dan aset terus ke lokasi kejadian.
”Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar,” katanya.
Dalam laporan Awani lagi, lokasi kejadian kini telah ditutup kepada orang awam dan diletakkan dalam kategori kawasan berisiko tinggi.
Setakat ini, operasi menyelamat masih lagi dijalankan.
Kejadian berlaku di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya.#AWANInews #AWANIpagi https://t.co/hcDNEJOHB7
— Astro AWANI (@501Awani) December 16, 2022
Sumber: Astro Awani
Kredit -Siakap Keli.
Post a Comment