Sedia maklum, beberapa hari yang lalu pengarah serta pelakon, Syamsul Yusof membuat satu pengakuan mengemparkan bahawa dirinya sudah pun berkahwin dengan ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya iaitu Ira Kazar.
Pengakuan tersebut sememangnya mendapat pelbagai reaksi daripada para netizen, malah selebriti juga dan kenalan Ira iaitu penerbit, Datin Ayu Puteh turut memberikan responnya.
ARTIKEL MENARIK:Fyna Jebat Mengaku Sudah Bernikah Dengan Zainal Abidin
Menurut Ayu, anak kepada pelakon veteran, Kazar itu pernah mengaku kepadanya menyuruh Syamsul pulang ke pangkuan keluarga semula dan rela melepaskan hubungan mereka.
Malah, Ayu turut berkata gadis berumur 25 tahun itu sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk menghancurkan rumah tangga orang lain, tetapi sudah terlanjur mencintai pengarah berkenaan.
Kredit -beautifulnara
إرسال تعليق