Meskipun status rumah tangga antara pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera masih menjadi tanda tanya sehingga kini, nampaknya seperti ada sinar bahawa mereka sudah pun berbaik.
Baru-baru ini, Rossa dilihat ada berkongsi video yang memaparkan dia bersama Shuk Sahar akan menunaikan ibadah umrah pada Ahad lalu.
ARTIKEL MENARIK:“Dia Tak Terfikir Nak Ganggu Tapi Dah Terlanjur Cinta” – Ira Pernah Suruh Syamsul Kembali Kepada Isteri
Dalam video tersebut, Rossa memohon doa orang ramai agar dia dan Shuk dapat memperbaiki diri selain mendapat umrah yang mabrur.
Assalamualaikum semua, doakan kami berdua supaya dapat umrah yang mabrur, dapat perbaiki diri. Nervous tapi happy sangat. Alhamdulillah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meninggalkan komen berbaur keterujaan dan memuji peribadi Shuk yang dilihat semakin baik.
Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan agar Shuk dan Rossa kembali bersatu demi anak-anak.
Suka tengok Syuk yang sekarang banyak dah berubah. Semoga bersatu kembali.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia 3 tahun.
Kredit -beautifulnara
إرسال تعليق