Fizz Fairuz Dan Azhar Sulaiman ‘Sound’ Janna Nick Kerana Tanya Soalan Peribadi Pada Fyna Jebat. Ini Respond Balas Janna Nick

Ahad lalu pelakon senior Azhar Sulaiman ada memuat naik entri meminta pihak produksi TV3 berhenti daripada membuat jenaka atas perkahwinan Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan bagi menjaga hati isteri pertama jurulatih berkenaan yang merupakan anak saudaranya.

Fizz Fairuz Dan Azhar Sulaiman ‘Sound’ Janna Nick Kerana Tanya Soalan Peribadi Pada Fyna Jebat. Ini Respond Balas Janna Nick



Biarpun Azhar sudah memadamkan hantaran tersebut, pelakon Datuk Fizz Fairuz telah memuat naiknya semula di akaun Instagram miliknya memandangkan Datin Zalina juga adalah anak buahnya.

ARTIKEL MENARIK:Isteri Pertama Dan Kedua Zainal Abidin Hassan Bertengkar Di Tempat Awam. Saksi Yg Ada Disitu Ceritakan Apa Sebenar Terjadi




Menerusi syot layar yang memaparkan hos program Famili Duo iaitu Janna Nick, penyanyi dan pelakon tersebut meminta Fizz supaya memadam muat naik itu kerana dirinya tidak terkait dalam konflik rumah tangga Fyna.

“Salam tolong delete sebab saya tak ada kena mengena dengan masalah keluarga ini.

“Maaf kerana tidak sensitif tentang perkara yang saya tidak diberitahu lebih awal,” katanya.


Lantaran komen ditulis Janna, ia menerima lebih daripada 300 tanda suka dan respons berbeza daripada pelayar laman sosial.

Rata-rata mendakwa, Janna yang tidak sensitif dan terlebih dahulu memulakan soalan provokasi terhadap Fyna.

KOMEN NETIZEN:


“Tapi sorry dear, soalan panas tu daripada awak. Tak tahu sama ada dalam skrip atau spontan. Kalau boleh, stop ask that question sebab banyak hati yang perlu dijaga. Saya suka awak, tapi maaf ya, soalan awak semalam (Ahad) agak sensitif.”




“Janna, lain kali atas stage tak payah sibuk tanya hal orang! Tanya benda yang berkaitan dengan nyanyian sudah”

“Sepatutnya sebelum suarakan sesuatu isu atau topik kena fikir 10 kali. Nak jadi pengacara bukan cakap main lepas sahaja, jadilah pengacara yang beretika.

“Tak kisah lah penerbit atau penulis skrip ada pesan atau tak, pengacara kena fikir sendiri apa isu sensitif atau tidak. Kita dah dewasa. Hidup pula di zaman yang lebih cakna dengan isu semasa. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah,” memetik beberapa komen ditinggalkan netizen.

Bagaimanapun, ada juga yang membela Janna dan meminta agar kesalahan tidak diletakkan kepada hos semata-mata kerana ia merupakan tanggungjawab seluruh produksi.


Ada juga yang berpendapat, soalan diajukan Janna tidak perlu dijadikan isu besar tambahan pula perkahwinan Fyna dan bekas pemain bola sepak legenda, Datuk Zainal Abidin Hassan bukan lagi rahsia.

“Setakat bertanya, ‘Awak sekarang selalu tidur lewat?’, ‘Teman suami tengok bola?’. Dah betulkan tu memang suami dia dan satu Malaysia dah tahu. Jadi apa yang panasnya?” tempelak seorang warganet mempertahankan Janna.

Sumber: BOOMMALAYSIA


Kredit -two.e-kesah


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post