Giliran Diva Azwan Ali Pula Untuk Tegur Mas Idayu. Ini Pesanan Khas Diva AA Utk Mas Idayu

Pengacara sensasi, Azwan Ali berpandangan tindakan juri memberikan komen secara berlebih-lebihan tanpa menjaga perasaan peserta yang bertanding dalam program realiti adalah tidak wajar.

Giliran Diva Azwan Ali Pula Untuk Tegur Mas Idayu. Ini Pesanan Khas Diva AA Utk Mas Idayu



Jelasnya, setiap juri berhak mengeluarkan pandangan, kritikan mahupun saranan tetapi perlu berlandaskan cara penyampaian yang betul supaya tidak kelihatan buruk di kaca televisyen.

ARTIKEL MENARIK:Ada Artis Yg Kritik Cara Mas Idayu Jadi Juri. Sekali Mas Idayu Balas Balik Dgn Respond Panas


Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA juga berharap mana-mana individu yang dilantik menjadi juri supaya menghormati setiap peserta yang bertanding lebih-lebih lagi sekiranya sesebuah rancangan disiarkan secara langsung.

mas2 - 1

“Perlu ada batas apabila nak mengamuk atau menghentam peserta. Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta. Trend Mas Idayu ‘sembur’ orang ini terus terang saya cakap sudah basi untuk 2023.

“Pada pihak produksi pula jadikan peristiwa ini sebagai iktibar. Tidak kisahlah nak cipta drama atau kejar rating, jangan gunakan kerusi juri untuk mengeruhkan lagi keadaan serta hormat peserta yang bertanding,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Menurut Azwan, dia menegur Mas Idayu dengan pandangan ikhlas sebagai rakan artis yang pernah bekerjasama semasa program Lagu Cinta Kita 2, tiga tahun lalu.


“Saya tegur sebab sayang pada Mas Idayu. Kalau saya berada di tempat Sissy Imann mungkin saya sudah tinggalkan terus set semasa siaran langsung.

“Tak dinafikan nyanyian Sissy kedengaran agak sedikit sumbang dan seperti merosakkan lagu tersebut, tetapi tegurlah secara baik kerana mereka juga insan seni dan program ini juga adalah berbentuk santai kekeluargaan,” jelasnya.




Disoal penjelasan Mas Idayu semasa ditemubual di stesen radio semalam yang mengambil pendekatan tersebut kerana sayang, Azwan yang sinonim dengan ayat ‘see my level’ berkata, tindakan yang dibuat hanya jawapan selamat semata-mata.

aa-1.jpeg

“Itulah jawapan paling selamat sebab sayang. Ini bukan soal sayang tetapi maruah seseorang. Walaupun saya tidak pernah dipanggil mana-mana stesen televisyen jadi juri sebab mungkin produksi ingat mulut saya lagi ‘laser’ dari Mas Idayu.

“Bagi saya menjatuhkan maruah seseorang dalam keadaan sebegitu adalah tidak boleh diterima. Bagilah alasan apapun, tetap tidak dibenarkan,” katanya.

Ditebak sama ada Sissy tidak mempunyai hati yang kental sebagai penyanyi sehingga mengalirkan air mata dan memalingkan muka ketika siaran langsung tersebut, Azwan membidas perkara tersebut.

“Anda bukan berada di tempat Sissy. Kalau kita dikecam secara langsung di televisyen sudah tentu tidak tahan juga. Cara kritikan tersebut sebenarnya sudah menjatuhkan maruah Sissy sebagai peserta dan penyanyi,” katanya.


Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini pada minggu keenam, program realiti Famili Duo di TV3 menerima kritikan pedas daripada juri tetap, Mas Idayu yang menganggap mereka tidak membawakan lagu itu dengan baik.

Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima kritikan berkenaan.

Dalam perkongsian di Instagram, Sissy juga meminta maaf kerana nyanyiannya mengecewakan ramai pihak sekali gus menganggap dirinya tidak lagi disayangi dalam bidang muzik.

Kritikan pedas Mas Idayu pada persembahan Sissy turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan cara kritikan juri tetap program realiti itu.

Sumber : Utusan Online


Kredit -two.e-kesah


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post