Hantaran terbaru pelakon veteran Kazar Saisi, di laman sosial Intagram mencuri perhatian netizen.
Entri yang dimuat naik Kazar itu dipercayai ada kaitan dengan situasi yang sedang dilaluinya sekarang apabila mendakwa sudah penat dibuli.
ARTIKEL MENARIK:[V]“Awak Nak Mintak Berpisah, Okay Kalau Itu Yang Awak Mahukan…” – Syamsul Yusof Kecewa Difitnah & Diaibkan
Kazar telah memuat naik satu hantaran berserta kapsyen yang menarik perhatian netizen.
“Rehat kejap. Penat kena buli.… Huhu , c u (see you) at some fine day (jumpa kamu suatu hari nanti),” tulisnya.
Bapa mentua kepada Syamsul Yusof itu bagaimana pun memadam hantaran tersebut tidak lama kemudian.
Kazar sebelum ini aktif membuat hantaran lucu dan sering menjadi perhatian, namun selepas kontroversi melibatkan anaknya, dia dilihat kurang memuat naik kandungan di IG.
Munguatkan lagi dakwaan Kazar sebenarnya sedang kecewa dengan apa yang berlaku apabila dia bertindak menukar mod untuk mengehadkan komen kepada pengikut tertentu sahaja.
Kazar sehingga kini enggan ditemu bual media dan dilihat lebih selesa mendiamkan diri walaupun diasak dengan pelbagai kenyataan dari semua pihak. –BOOM!
Kredit -
إرسال تعليق