Rupanya Bukan Sissy Iman Sahaja Pernah Menangis Bila Mas Idayu Jadi Juri. Peserta Ini Juga Pernah Kena

Kecoh minggu ini tentang penyanyi Sissy Iman yang terkesan dengan kritikan Mas Idayu ketika menjadi juri dalam program nyanyian Famili Duo.

Rupanya Bukan Sissy Iman Sahaja Pernah Menangis Bila Mas Idayu Jadi Juri. Peserta Ini Juga Pernah Kena



Apa yang terjadi telah menjadi tular sehingga Mas Idayu dikecam hebat oleh netizen kerana memberi komen yang sangat kasar sehingga Sissy Iman menangis secara siaran langsung di TV.

ARTIKEL MENARIK:Puteri Sarah Ceritakan Apa Yang Dia Telah Korbankan Dlm Sekelip Mata Sejak Jadi Isteri Syamsul Yusof


Siapa yang mengenali Mas Idayu ketika beliau menjadi juri sudah pasti tahu bahawa kritikan Mas Idayu memang agak pedas kepada peserta dan ini bukan perkara baru.

Mas Idayu Kritik peserta Ceria PopStar hingga menangis

Peserta Ceria Popstar Xtra Menangis Kena Marah Mas Idayu, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Pada tahun 2022 juga Mas Idayu pernah menjadi juri untuk rancangan pertandingan nyanyian kanak kanak Ceria Popstar.

Waktu itu tindakan penyanyi dangdut negara, Mas Idayu memarahi seorang peserta rancangan Ceria Popstar Xtra yang dikenali sebagai Dhiya malam tadi mendapat keceman wargamanya.

Mas Idayu yang bertindak selaku juri tetap rancangan itu menegur nyanyian Dhiya yang kurang menjadi dan melakukan banyak kesalahan dalam nyanyian.

“Awak menari tadi semuanya ok, tapi ini pentas nyanyian!

“Awak kena menyanyi, jangan sesuka hati nak buat perkara lain sehingga nyanyian awak rosak!” tegas Mas Idayu.

KOMEN NETIZEN:

Drama' marah2 hanya lakonan, Mas Idayu nafi tengking peserta cilik

Klip yang dimuat naik di akuan Tiktok rasmi Meletop itu telah dibanjiri komen wargamaya yang mengecam tindakan penyanyi itu.




“Kenapa Mas Idayu yang jadi juri ceria popstar ni, tak sesuai lah.

“Tak sesuai nak marah-marah maacm tu pada budak-budak.

“Mas Idayu harus lebih profesional, boleh tegur tetapi jangan sehingga menengking.

“Aku boleh faham perasaan budak tu bila kena marah depan orang ramai,” antara komen wargamaya.

VIDEO:

“MAS IDAYU BUKAN TIADA HATI PERUT.. MEMANG KASAR TAPI NIAT DIA BAIK” – NETIZEN

Namun, perkara yang sebenarnya bukan seperti yang diperkatakan, video yang dimuat naik itu hanyalah sebahagian dari lakonan yang dirancang oleh produksi dan tidak menggambarkan situasi sebenar di atas pentas.

Namun dengan sikap profesional, Mas idayu tidak melenting sebaliknya memuji bakat lakonan Dhiya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

“Ni ke yang netizen bengang sangat sampai carut tak tentu pasal.

“Ala pecah lubang, heheh pandai dia berlakon. Cepat je dia menangis hahah,” tulis Idayu pada kapsyen.

​Dalam klip pendek yang tular di media sosial itu, Mas Idayu berdiri sambil memarahi Dhiya yang mengabaikan soal vokal berbanding tarian dalam lagu Teman (Iman Troye).

Dhiya tidak semena-mena terus menitiskan air mata sejurus ditengking oleh Mas Idayu.

Sumber : GEMPAK


Kredit -two.e-kesah


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post