Rider GRAB Ini Terlanggar Kereta Mewah. Ketika Disoal Siasat, Apa Yg Terjadi Selepas Itu Buat Rider Ini Terkejut

PASTINYA ramai yang biasa mendengar ungkapan, ‘permudahkan urusan orang lain, kelak urusan kita pula akan dipermudahkan’.

Rider GRAB Ini Terlanggar Kereta Mewah. Ketika Disoal Siasat, Apa Yg Terjadi Selepas Itu Buat Rider Ini Terkejut



Ungkapan berkenaan sesuai sekali menggambarkan situasi yang dialami oleh seorang pekerja penghantaran makanan (food delivery) ini.

ARTIKEL MENARIK:Kieda Crepe Tampil Mohon Maaf Sbb Marah Pekerja Lotus Tak Tolong Dia Angkat Barang. Sekali Pihak Lotus Masuk Bagi Komen


Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang juga TikToker, @onsir11 di aplikasi TikTok, dia sempat merakam insiden seorang pekerja penghantaran makanan yang tidak sengaja terlanggar kenderaan miliknya.

Dia yang dikenali sebagai Andrew Cheah itu kemudian keluar dari kenderaan jenis MPV miliknya sejurus berlaku kemalangan kecil itu untuk memeriksa jika terdapat kerosakan.

Dia kemudian mendapati perlanggaran tersebut menyebabkan bahagian ‘skirting’ kenderaannya terkeluar dari kedudukan asal.

Dalam masa yang sama, pekerja penghantaran makanan yang melanggar kenderaannya turut memarkir motosikal serta berdiri di sisinya untuk memohon maaf dan mahu membayar ganti rugi akibat kemalangan tersebut.

f387624df552cea2f369918c5e1e12bc-17.jpg

Andrew enggan menerima wang atau ganti rugi daripada pemuda tersebut.

“Kenapa tadi kamu tak lari?” tanya Andrew kepada pemuda yang berada di sisinya, ketika mereka sama-sama meletakkan kenderaan di tepi jalan.

“Saya dah buat salah, takkan nak lari,” jawab pemuda berkenaan pula.

Jawapan yang terkeluar daripada mulut pemuda berkenaan membuatkan Andrew kagum, lantas dia sempat bertanya berapa kos yang mampu dibayar atas kerosakan berkenaan.




Namun pemuda itu berkata dia menyerahkan semuanya kepada Andrew untuk menentukan kos yang diperlukan untuk membaiki kerosakan kenderaannya.

grab 3

“Sehari kerja dapat berapa? Umur kamu berapa? Kenapa tak kerja lain selain Grab?” demikian beberapa soalan yang sempat ditanya oleh Andrew kepada pekerja penghantaran makanan berkenaan.

Menjawab soalan yang ditanya, pemuda itu memaklumkan usianya baharu 19 tahun dan bekerja sebagai pekerja penghantaran makanan buat sementara, dengan purata pendapatan harian sekitar RM80.

Selepas mendengar jawapan pemuda itu, Andrew akhirnya berkata dia tidak mahukan wang atau ganti rugi, sebagai balasan atas ketulusan hati pemuda itu.

VIDEO:

Video tersebut sehingga kini meraih 3.3 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok, selain dibanjiri ribuan komen netizen yang tersentuh hati melihat momen berkenaan.

Malah rata-ratanya mendoakan Andrew atas kebaikan hatinya.

grab 2

Antara komen netizen yang terharu dengan kebaikan hati Andrew.

“Semoga rezeki anda masuk banyak lagi selepas ini.

“Kalau semua orang macam ni, aman dunia.

“Terbaik… susah nak jumpa orang macam kamu. Semoga murah rezeki kamu.

“Tak rugi jadi orang yang bertimbang rasa. Akan ada balasan buat orang yang baik,” demikian antara komen netizen.

Sumber : MSTAR ONLINE


Kredit -
two.e-kesah

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم