Kieda Crepe Tampil Mohon Maaf Sbb Marah Pekerja Lotus Tak Tolong Dia Angkat Barang. Sekali Pihak Lotus Masuk Bagi Komen

Seorang wanita telah mengundang kecaman ramai selepas memarahi pekerja pasar raya gara-gara tidak membantunya membawa barang-barang yang dibeli berjumlah RM5,000 ke kenderaan.

Kieda Crepe Tampil Mohon Maaf Sbb Marah Pekerja Lotus Tak Tolong Dia Angkat Barang. Sekali Pihak Lotus Masuk Bagi Komen



Susulan kritikan itu, wanita yang dikenali sebagai Kieda memohon maaf di TikTok atas kesilapannya yang telah meluahkan rasa kesal terhadap pekerja pasar raya itu.

ARTIKEL MENARIK:Selepas Teruk Kena Kecam Kerana Marah Pekerja Lotus Tak Tolong Dia Angkat Barang, Kieda Tampil Beri Respond Ini


Jelas peniaga pencuci mulut terkenal itu, dia tidak memaki staf tersebut sebaliknya hanya meminta tolong kerana tidak cukup tangan.


Allah angkat darjat Kieda dengan pelbagai cara. Mengaku khilaf Kieda sebab melawak dengan tone suara yang semua tak boleh terima.

Mengaku silap Kieda minta tolong staf yang ada di sekeliling waktu itu. Salah Kieda sebab tak bawa ramai staf. Sebab selama Kieda pergi beli barang kat sana, memang akan ada dua orang abang melayu kita dan seorang warga asing yang selalu tolong kami.

Hidup ini memang tak lari dari ujian. Kaya ujian, susah ujian, bahagia ujian, salah melawak tone suara pun ujian. Semua ujian. Semoga Kieda terus kuat melangkah satu demi satu anak tangga. Percayalah tak semua boleh terima kita walaupun beribu kebaikan kita buat.

Kieda minta maaf ya semua, minta maaf kalau buat ramai terasa hati. Keida bukan maki staf depa (mereka), cuma Kieda minta ‘tolong’ saja. Kieda selalu support. Tipu la kalau tak terasa hati. Sekali lagi Kieda minta maaf.

VIDEO:




Wakil staf pasar raya

Sementara itu, ketika siaran langsung pada malam Khamis, wakil daripada pasar raya turut meminta maaf kepada Kieda di ruangan komen.


Video yang tular sehingga jadi kecaman netizen:

Kau beli 5K barang ada troli en ? Kedai kau barang kecik2, ada troli ? Kau boleh lah cakap oh kau hargai tolong angkat apa semua. Kedai kau tu jual barang kecik2. Lotus tu barang2 besar siap dengan troli, bukannya tak ada troli. Lain lah kalau tak ada troli, amenda kau ni ? https://t.co/YQAx676i70 pic.twitter.com/g1gIeifhbS

— cotilinapumpumsakuranatashahudsonkencangnyaangin💨 (@si_shorty) February 2, 2023

Sumber : OHBULAN


Kredit -two.e-kesah


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post