Emilia Hanafi Beritahu Mahkamah Nafkah RM6Ribu Utk 3 Anak Tak Cukup Sampai Dia Terpaksa Jual Kerepek. Rupanya Ini Sebab Kenapa Tak Cukup

Mahkamah Majistret hari ini diberitahu, wang nafkah berjumlah RM6,000 sebulan diberikan ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, kepada bekas isterinya, Emilia Hanafi, untuk tiga anak mereka tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan.

Emilia Hanafi Beritahu Mahkamah Nafkah RM6Ribu Utk 3 Anak Tak Cukup Sampai Dia Terpaksa Jual Kerepek. Rupanya Ini Sebab Kenapa Tak Cukup



Emilia, 43, berkata, keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa bekerja secara sambilan termasuk menjual kerepek, roti jala, pulut kuning, rendang daging, jeli dan kek bagi menampung kehidupan.

ARTIKEL MENARIK:Selepas Teruk Kena Kecam Kerana Marah Pekerja Lotus Tak Tolong Dia Angkat Barang, Kieda Tampil Beri Respond Ini



emilia-hanafi.jpeg

Emilia (tengah) ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya tanggung anak-anak daripada segi sara hidup. Nafkah diberi tidak cukup dan anak tidak disediakan tempat tinggal. Saya terpaksa kerja sambilan dan uruskan anak seperti hantar dan ambil mereka dari sekolah.

“Buat masa ini, saya dan anak-anak menumpang di rumah ibu bapa. Saya ibu tunggal kepada tiga anak lelaki berusia 10, 12 dan 17 tahun.

“Anak sulung baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Am Antarabangsa untuk Pendidikan Menengah (IGCSE).

“Anak kedua belajar di Tahun Lapan di sekolah menengah swasta antarabangsa di ibu negara, manakala yang bongsu pada Tahun Enam di sekolah sama,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 28 Februari ini.

SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas di Brickfields, di sini, antara jam 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang pada 22 November 2015.


Terdahulu, Mahkamah Majistret menolak permohonan pendakwaan supaya perbicaraan kes Emilia ditangguhkan.

Ia selepas Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memaklumkan akan membuat semakan undang-undang terhadap arahan mahkamah itu supaya Emilia Hanafi memberi keterangan hari ini.

Atas sebab itu, katanya, pendakwaan memohon prosiding ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan berhubung semakan itu.

“Saksi pendakwaan keenam, Elisa Nani Hanafi (adik Emilia) sudah memberi keterangan, namun belum diperiksa balas oleh peguam. Pendakwaan menegaskan pada prosiding sebelum ini, kami bersedia dengan saksi itu bagi pemeriksaan balas.

“Sehubungan itu, jika mahkamah tidak benarkan penangguhan itu akan menjejaskan kes pendakwaan. Kita juga mohon supaya rekod prosiding bagi tujuan semakan undang-undang dibuat hari ini,” katanya.

Peguam bela SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader tidak membantah semakan itu kerana menjadi hak pendakwaan untuk berbuat demikian.




Bagaimanapun, pembelaan tidak bersetuju dengan permohonan menangguhkan prosiding yang disifatkan sebagai membuang masa.

“Arahan Mahkamah Majistret bukan saja hari ini tetapi termasuk tarikh lalu dan Zahida maklum akan memanggil kedua-dua saksi (Emilia dan adiknya, Elisa Nani).

“Hari ini, pihak (pendakwaan dan pembelaan) setuju untuk serahkan kepada budi bicara mahkamah.

“Hujahan berkaitan perkara itu sudah dibuat dan kita akur dengan arahan mahkamah. Kedua, pembelaan nak buat semakan, itu budi bicara mereka.

“Kita tak halang perkara itu, namun kenapa perlu tangguh kes ini? Saya mohon bicara diteruskan dengan Emilia beri keterangan, manakala pendakwaan boleh terus membuat semakan dan mahkamah boleh tetapkan tarikh lain berkaitan isu itu,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE


Kredit -two.e-kesah


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post