Tindakan seorang wanita memarahi pekerja sebuah pasar raya terkemuka kerana enggan membantunya mengangkat barang-barang yang dibeli mengundang kecaman orang ramai.
Wanita tersebut yang juga merupakan seorang peniaga pencuci mulut terkenal telah membuat siaran langsung di akaun TikToknya dan meluahkan rasa kesalnya terhadap pekerja pasar raya itu.
ARTIKEL MENARIK:Ibu muda buntu cari kerja, bergantung bantuan JKM
Melalui video itu katanya, dia berasa kesal apabila sudah berbelanja sebanyak RM5,000 di pasar raya berkenaan, tetapi pekerja pasar raya itu enggan membantunya membawa barang-barang yang dibeli ke kenderaannya.
VIDEO:
Just because you rasa you’re “influencer”, that DOESN’T MEANT THAT YOURE ALWAYS RIGHT ! Kau siapa nak rasa entitled sangat sampai orang kena tolong kau ?
Oh wait, obviously nanti kau akan buat video nangis teresak esak mintak maaf “tak ada niat nak cakap macam tu” pic.twitter.com/aJYZhdMmg4
— cotilinapumpumsakuranatashahudsonkencangnyaangin (@si_shorty) February 2, 2023
Tindakan wanita itu bagaimanapun menerima kecaman daripada orang ramai yang menganggap dirinya sombong dan tidak bertimbang-rasa.
“Pekerja dah penat buat kerja dari pagi sampai malam, lepas itu kena angkat stok, susun stok. Kamu sedap-sedap saja nak arahkan mereka angkat barang yang kamu beli sedangkan itu tiada dalam polisi kerja mereka,” kata Melur.
“Sebagai bekas pekerja pasar raya, tiada polisi begitu. Kalau kami nak buat, itu ikut atas ehsan kami,” kata Badri.
“Pasar raya besar, mereka ada beribu pelanggan setiap hari tidak ada masa mahu bantu kamu angkat barang ke kereta,” kata Syuhada.
“Saya pernah beli beras 20 kampit untuk didermakan, saya tanya elok-elok pada pekerja mereka dan mereka bantu saja bila ada masa lapang. Baik-baik saja kakitangan mereka, mungkin cara awak minta tolong?,” kata Sue.
INI RESPOND KIEDA
Selepas teruk dikecam kerana kata kata dia yang agak biadap terhadap pekerja Lotus telah mengakibatkan ramai yang pergi ke akaun tiktok dia.
Pengusaha desert yang bernama Kieda telah memuat naik 1 video menunjukkan seorang pelanggan yang membeli dengan jumlah yang banyak telah ditolong oleh pekerja Kieda selepas disuruh.
Kieda memberi pesanan bahawa buat dengan ikhlas supaya dapat pahala.
KOMEN NETIZEN:
Sumber – KOSMO! ONLINE / Tiktok / Twitter
Kredit -
Post a Comment