“Saya Perlu Jauhkan Diri Dari Kawan Atau Keluarga Yang..” – Nak Tenang Emosi, Fazura Akui Ada Terasa Hati Dan Kecewa Dengan Seseorang

Pelakon dan juga usahawan kini, Nur Fazura enggan mengulas lanjut mengenai satu hantaran berbaur kekecewaan yang dimuat naik isteri Fattah Amin itu di TikTok baru-baru ini.

“Saya Perlu Jauhkan Diri Dari Kawan Atau Keluarga Yang..” – Nak Tenang Emosi, Fazura Akui Ada Terasa Hati Dan Kecewa Dengan Seseorang



Kata Fazura, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada peminat namun mengaku hatinya berasa kecewa dan jauh hati.

ARTIKEL MENARIK:Dikeji peluk suami sendiri, Fasha Sandha minta maaf



Maaf saya tak boleh komen. Ia terlalu peribadi. Kita buat semuanya kerana Allah. Mungkin sesetengah manusia itu berat untuk berterima kasih dan ada isu-isu yang membuatkan saya berkecil hati sedikit.




Saya sekarang nak hidup tenang jadi apa-apa perkara yang buat saya terganggu, saya mahu elakkan. Jadi lebih baik saya berdiam diri.

Ujarnya lagi, dia hanya ingin hidup tenang dan tidak mahu tertekan dan melakukan sedaya upaya bagi melindunginya.

Apa yang buat saya tertekan saya perlu jauhkan diri, seperti kawan-kawan atau keluarga jauh yang memberikan kekecewaan. Saya sudah buat bahagian saya, itu sudah mencukupi.

Sebelum ini, Fazura ada memuat naik hantaran beremosi sedih dan seolah-olah jauh hati dengan ‘seseorang’.

@fazuraofficial

Cukup berbuat baik kerana Allah SWT. Tapi kalau hanya mahu dihargai tapi tak pandai pula menghargai, lebih baik jauhkan diri saja. #protectingmypeace ?

? original sound – Nur Fazura


Kredit -beautifulnara

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم