Konflik Palestin-Israel: Pejabat tentera pengaman PBB dibedil di Lebanon

BEIRUT – Seorang anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cedera semalam akibat serangan askar Israel di selatan Lebanon, kata jurucakap misi itu.

Konflik Palestin-Israel: Pejabat tentera pengaman PBB dibedil di Lebanon



Berita tersebut didedahkan beberapa jam selepas berlakunya serangan di ibu pejabat tentera pengaman PBB ketika pertempuran di sempadan negara tersebut dengan askar Rejim Zionis semakin sengit.

ARTIKEL MENARIK:Lebih 100 Tetamu Maut, Dewan Terbakar Disebabkan ‘Flare’ Ketika Pengantin Menari – “Takkan Yang Jaga Drone Tak Perasan?”


Menurut jurucakap Pasukan Interim PBB di Lebanon (UNIFIL), Andrea Tenenti, anggota tersebut cedera ringan dalam serangan berhampiran perkampungan sempadan Hula.

Agensi Berita Nasional (NNA) negara itu berkata, anggota pengaman dari Nepal itu cedera di perut dan lengan selepas dua peluru Israel disasarkan di Hula.

Terdahulu, Tenenti memberitahu AFP bahawa bedilan disasarkan di dalam sebuah pangkalan di Naqura yang menempatkan ibu pejabat UNIFIL. Namun, tiada kecederaan dilaporkan, sebaliknya hanya mengalami sedikit kerosakan.

Sumber tentera Lebanon yang enggan namanya disiarkan berkata, bedilan askar Israel itu menembusi tembok simen di sekitar ibu pejabat UNIFIL.




Bagaimanapun, peluru itu tidak meletup, demikian menurut kenyataan UNIFIL sambil menambah bahawa:  “Beberapa kedudukan  kami yang lain juga mengalami kerosakan dalam tempoh tiga minggu lalu.”

Sejak Hamas melancarkan ribuan roket dari Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu, sempadan selatan Lebanon telah menyaksikan insiden berbalas serangan antara Zionis dan peiuang Hizbollah yang disokong Iran.

Pertempuran rentas sempadan telah membunuh sekurang-kurangnya 58 orang di Lebanon, demikian menurut pengiraan AFP, dengan kebanyakannya pejuang Hizbollah selain empat orang awam termasuk wartawan agensi berita Reuters, Issam Abdallah. – AFP


Kredit -Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم