Pemandu lori, kelindan maut kemalangan

DUNGUN – Seorang pemandu lori membawa muatan kayu dan kelindannya maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 11, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Serdang di sini hari ini.

Pemandu lori, kelindan maut kemalangan



Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, Mohd. Shahrul Hafif Abd. Kadir, 37, dan kelindannya, Ridzuan Mohamad, 43, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian dada.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Budak lelaki melecur badan terjatuh dalam bilik janakuasa elektrik


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, kedua mangsa dalam perjalanan menghantar bekalan kayu ke Kampung Balai Besar di sini bersama dua rakan sekerja lain yang menaiki lori berasingan.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas lori dipandu Mohd. Shahrul Hafif dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh lori dinaiki dua rakan sekerjanya.




“Impak rempuhan itu menyebabkan lori dinaiki Safee Seman, 54, dan kelindannya, Aminuddin Nawi, 50, mengelungsur ke depan lalu melanggar sebuah kereta Proton Wira yang sedang bergerak di hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, Safee dan pemandu Proton Wira berusia 27 tahun mengalami kecederaan ringan dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE


Kredit - Kosmo Digital

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم