CYBERJAYA – Pelawak lagenda sejak era 1950-an, Mat Sentol, 90, atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU), hari ini.
Mat Sentol yang juga dikenali watak Mat Bond bagaimanapun tidak dapat hadir untuk menerima anugerah itu akibat keuzuran dan masalah kesihatan.
ARTIKEL MENARIK:“Bayi Tu Dah Berusia 4 Tahun” – Ramai Tiba-Tiba Ucap Tahniah, Izzue Islam Didakwa Ambil Anak Angkat
Anugerah itu diserahkan kepada cucu Mat Sentul, Ain Akashah Rosarif, 26, oleh Pro Canselor MMU, Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid pada istiadat konvokesyen itu pagi ini.
Ain Akashah ketika ditemui berkata, beliau berbangga di atas anugerah diterima datuknya itu kerana ia pengiktirafan tertinggi diraih dalam bidang seni.
“Sepatutnya bapa mewakili datuk menerima anugerah ini, tapi dia tak dapat hadir kerana tak sihat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital.
إرسال تعليق